00:00Kira-kira 1,500 pemimpin agama, ulama, cendekhiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara akan berhimpun di Pusat
00:09Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada Jumaat.
00:13Perhimpunan bertujuan membincangkan isu keamanan global, keharmonian sosial dan pembangunan belia pada sidang kemuncak pemimpin agama antarabangsa ketiga.
00:23Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Silajudin Suhaimi berkata, penganjuran itu membuktikan keyakinan masyarakat terbangsa terhadap peranan Malaysia.
00:33Penganjuran ini juga seiring dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan, keharmonian dan nilai kemanusiaan sejagat.
00:43Katanya, platform tersebut berfungsi sebagai ruang pertemuan idea bagi memperkukuh persefahaman antara masyarakat pelbagai latar belakang.
00:52Dalam masa sama, fokus turut diberikan kepada penglibatan golongan belia sebagai aset penting dalam pembangunan komuniti masa depan.
01:01Silajudin memaklumkan sebanyak 18 pebentang antarabangsa akan menyertai sesi perkongsian pandangan sepanjang persidangan berlangsung.
01:10Terima kasih kerana menonton!
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments