Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
memaklumkan kadar pengangguran pada bulan April naik 0.1 mata peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.9 peratus pada Mac, sekali gus kembali kepada paras yang pernah direkodkan pada Oktober 2025.
Transcript
00:00Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 3% pada April, merekodkan 511,800 jumlah penganggur.
00:09Jabatan Perangkaan Malaysia Dawson berkata, kadar pengangguran pada April naik 0.1% kepada 3% daripada 2.9%
00:18pada Mac, kembali ke paras yang pernah direkodkan pada Oktober 2025.
00:24Bagaimanapun, Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Muhammad Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja terus meningkat pada April 2026, bertambah 0
00:32.1% kepada 16.82 juta orang berbanding Mac, iaitu seramai 16.80 juta orang.
00:40Selain itu, bilangan penduduk bekerja sendiri terus menunjukkan tren peningkatan dan naik 0.2% kepada 3.15 juta orang
00:48berbanding Mac.
00:49Tambah Muhammad Uzir, penganggur aktif iaitu mereka yang boleh bekerja dan sedang mencari pekerjaan, menyumbang 79.5% daripada jumlah
00:59penganggur pada April 2026.
01:01Kumpulan penganggur aktif mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3% kepada 407,100 orang berbanding Mac.
01:08Manakala sejumlah 63.9% daripada penganggur aktif perkenaan, menganggur selama kurang daripada 3 bulan, manakala 5.0% menganggur
01:19lebih daripada setahun.
01:20Sementara itu, penganggur tidak aktif iaitu mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia meningkat 1.5% kepada 104,700 orang
01:30pada April berbanding 103,200 orang pada Mac.
01:33Mengenai prestasi tenaga buruh Malaysia pada April, pasaran buruh negara terus menunjukkan pertumbuhan sederhana sepanjang bulan tersebut mencerminkan perkembangan ekonomi
01:42stabil.
01:43Tenaga buruh meningkat sedikit sebanyak 0.1% kepada 17.33 juta orang berbanding 17.31 juta orang pada Mac
01:532026.
Comments

Recommended