Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang lelaki senegaranya di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di Nibong Tebal hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38 didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783362/berita/semasa/lelaki-rohingya-didakwa-bunuh-rakan-cederakan-isteri-mangsa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #didakwabunuhrakan #cederakanisterimangsa

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Magistret Jawi pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang lelaki senegaranya di sebuah rumah di
00:09Taman Belibis, Simpang 4, di Nibung Tebal, hujung bulan lalu.
00:14Tertuduh Osman Baudi Alum, 38 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dihadapan Magistret Nurul Aina Ahmad.
00:23Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Abdul Rahman Shahmiah, 31 tahun, yang juga lelaki Rohingya.
00:31Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:37Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:42Dalam pada itu, tertuduh turut menghadapi pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita Rohingya yang juga isteri kepada mangsa bunuh berkenaan.
00:50Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan fomin lalmia menggunakan sebilah pisau dan perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 324
01:00Kanun Kesiksaan.
01:01Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2.50 hingga 2.54 petang pada 31 Mei 2026 di Taman
01:10Belibis, seberang Perai Selatan.
01:12Kes ditangguhkan sehingga 7 Ogos depan untuk laporan forensik dan laporan kimia.
01:16Sementara itu, dua wanita Rohingya iaitu Humairah, 18 tahun dan Minarah, 29 tahun, dihadapkan ke mahkamah yang sama di atas
01:25pertuduhan Seksyen 6, Kurungan 1, Kurungan C, Akta Imigresen 1959-1963.
01:32Bagaimanapun, kertas pertuduhan tidak dibacakan terhadap mereka, berikutan kedua-duanya tidak memahami bahasa Melayu.
01:38Nurul Aina kemudiannya menetapkan 23 Jun ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar untuk sebutan semula kes.
01:44Terima kasih.
01:46Terima kasih.
01:47Terima kasih.
Comments

Recommended