00:00Syarikat penerbangan milik Sarawai Air Borneo memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat gangguan perkhidmatannya.
00:08Ketua Pegawai Eksekutif Air Borneo Megat Ardian Wira berkata gangguan berlaku susulan beberapa pesawat tidak dapat beroperasi serentak
00:16akibat keperluan penyelenggaraan berjadual dan kerja-kerja pembaikan teknikal yang memerlukan pegantian komponen tertentu.
00:26Memetir laporan Borneo Pus Megat berkata Air Borneo memahami kesulitan dan ketidakpastian yang dialami
00:33serta amat kesal dengan kesan yang terpaksa ditanggung oleh para penumpang dan keluarga mereka.
00:39Jelasnya gangguan perkhidmatan berlaku susulan beberapa pesawat tidak dapat beroperasi serentak
00:44akibat keperluan penyelenggaraan berjadual dan kerja-kerja pembaikan teknikal yang memerlukan penggantian komponen tertentu.
00:52Air Borneo menurutnya sedang memperkukuh langkah operasi dan penyelenggaraan
00:56bagi memastikan perkhidmatan penerbangan kembali beroperasi seperti biasa.
01:01Susulan beberapa kelewatan dan pembatalan penerbangan yang berlaku di Sarawak dan Sabah sejak kebelakangan ini.
01:08Megat berkata Air Borneo telah melaksanakan langkah-langkah tambahan
01:11yang bertujuan meningkatkan ketahanan operasi dan menyokong usaha syarikat
01:15untuk mengembalikan perkhidmatan penerbangan seperti biasa secepat mungkin.
01:19Beliau turut memaklumkan bahawa penumpang yang terjejas telah dihubungi
01:23bagi urusan penjadualan semula penerbangan, bayaran balik serta bantuan perjalanan lain yang diperlukan.
01:30Kemudahan makanan, penginapan dan pengakutan darat turut disediakan kepada penumpang yang layak.
01:35Dalam usaha memperkukuh operasi jangka panjang juga, Megat berkata
01:38Air Borneo meneruskan program pembaharuan dan pengembangan armada
01:42termasuk perancangan membawa masuk pesawat ATR-72-600.
01:46Katanya penambahan pesawat tersebut akan meningkatkan fleksibiliti operasi rangkaian penerbangan
01:52serta memperkukuh hubungan udara yang selamat dan boleh dipercayai
01:56di seluruh Sarawak dan Sabah.
01:59Pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut atau mempunyai soalan
02:02mengenai rancangan perjalanan mereka
02:03boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan Air Borneo
02:06di talian dan laman web tertera.
02:08Terima kasih telah menonton!