Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata proses kemasukan etnik itu ke negara ini mempunyai pelbagai lapisan bermula daripada perairan yang dikawal oleh agensi lain.
Transcript
00:00Dan isu pelarian Rohingya di negara ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan juga negara yang berkaitan.
00:09Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayub Khan Maidin Pichai berkata, proses kemasukan etnik itu ke Malaysia mempunyai pelbagai lapisan,
00:16bermula dari perairan yang dikawal oleh agensi lain.
00:20Beliau berkata lapisan awal itu membabitkan kawalan keselamatan oleh tentera Laut Diraja Malaysia TLDM dan juga agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia
00:28APMM, manakala Polis Diraja Malaysia merupakan penerima terakhir dalam rantai yang tersebut.
00:34Mengulas mengenai dakwaan penempatan haram warga asing yang sering tular di media sosial, beliau berkata operasi penahanan PDRM sentiasa berjalan
00:41secara berterusan dan bukan hanya dilaksanakan apabila ia mendapat perhatian awam atau pertubuhan bukan kerajaan, NGO.
00:49Dan menyentuh mengenai cadangan mewujudkan pusat transit Rohingya di sebuah pulau berhampiran Laut Andaman, beliau berkata cadangan tersebut perlu dikaji
00:57secara mendalam kerana ia bakal mengundang pelbagai isu logistik dan pengurusan pada masa hadapan.
Comments

Recommended