00:00Tiga jerulatih pasukan latihan pegawai Palapest, Universiti Teknologi Malaysia UTM didakwa di Mahkamah Session Kota Tinggi pada Jumaat atas pertuduhan
00:09menyebabkan kematian pelatih Palapest UTM Sekudai Syamsul Haris Syamsuddin pada tahun lalu.
00:15Tertuduh Meja Muhammad Azmi Abu Bakar, 40 tahun, Kapten Muhammad Bahudin, 30 tahun dan Pegawai Warren Muhammad Norbuangani Mislan, 41
00:25tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Haida Farizal Abu Hassan.
00:33Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Syamsul Haris, 22 tahun, ketika kejadian dengan niat
00:42hendak menyebabkan bencana tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya.
00:47Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Lapang Sasar Ulu Tiram Utara dalam daerah Kota Tinggi antara jam 2 hingga 3 petang
00:55pada 28 Julai tahun lalu.
00:57Bagi pertuduhan tersebut, ketiga-tiganya didakwa mengikut Seksyen 304 Kurungan A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:08Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 April depan bagi serahan dokumen, lantikan peguam dan kehadiran peguam pemerhati pihak keluarga
01:17mangsa.
Comments