Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang anggota badannya ditemui dalam keadaan dikerat di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, dua minggu lalu., lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Tertuduh, Piluta Samad, 71, didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769647/berita/semasa/warga-emas-71-tahun-didakwa-bunuh-kerat-mayat-lisa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #kes302
Transcript
00:00Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Kota Kinabalu pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang anggota badannya
00:08ditemui dalam keadaan dikerat di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai sepanggar dua minggu lalu.
00:15Tertuduh Piluta Samad, 71 tahun, menganggup faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Zul Elmi Yunus.
00:23Berdasarkan pertuduhan, dia telah membunuh seorang wanita, Hamidah Husin alias Lisa, 44 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung
00:32Sri Kenangan, Jalan Sepanggar antara jam 6 petang hingga 7 malam pada 11 Februari lalu.
00:39Perbuatan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu terletak di bawah
00:49bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:50Mahkamah kemudian menetapkan 15 April depan sebagai tarik sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan ujian DNA, forensik, patologi dan kimia.
01:01Selain itu, tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan akan terus ditahan di penjara kapayan.
01:06Pada 12 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai penemuan beberapa bahagian anggota badan milik seorang wanita di tempat pembuangan sampah
01:15di Taman Indah Permai, Sepanggar, oleh pekerja lori sampah yang membersihkan kawasan berkenaan.
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended