00:00Tahniah Pertua, kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak
00:09swasta, khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategi negara.
00:16Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penglibatan pihak swasta adalah terhad kepada pengurusan atau penyenggaraan jalan melalui perjanjian konsesi tanpa menjejaskan pemilikan
00:28kerajaan ke atas tanah atau status jalan tersebut sebagai jalan awam.
00:32Bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan akses awam tidak disekat sewenang-wenangnya, sebarang penutupan, pelupusan atau perubahan status jalan
00:44adalah tertakluk kepada pewartaan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan
00:50di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 atau di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta
01:00133 serta Kanun Tanah Negara 1965, Akta 828.
01:05Proses ini melibatkan penelitian oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, kelulusan pihak berkuasa negeri serta keperluan penyediaan laluan
01:16alternatif yang setara atau lebih baik sekiranya melibatkan akses awam.
01:21Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap keputusan yang berkaitan dengan rangkaian jalan awam dibuat secara telus dan berimbang untuk memastikan
01:30kepentingan rakyat terjamin.
01:35Terima kasih.
Comments