Skip to playerSkip to main content
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan, sindiket melombong mata wang kripto haram dikesan menggunakan kediaman atau premis perniagaan yang disewa sebagai taktik untuk berselindung daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, modus operandi terbabit dikenal pasti hasil operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan bagi membanteras aktiviti kecurian elektrik.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidngdewanrakyat #parlimen #sindiketlombongkripto #FadillahYusof
Transcript
00:00Kalau kita melihat kepada jumlah kes, bila dah ada meter dengan teknologi, 2021 kes berlaku 379, 2022 647, 2023 909,
00:182024 1298 dan 2025 1900.
00:24Maknanya dengan ada teknologi kita dapat mengesan sebab itu kes lebih banyak walaupun kes lebih banyak mana bila kita mengesan
00:32kerugian tentu bertambah tapi yang lebih utama ialah tindakan yang progresif dengan ada teknologi ini kita akan mampu mengesan dan
00:42bila kita dapat mengesan makna tindakan yang lebih efektif dapat dijalankan dengan kerjasama daripada semua pihak penguatkuasa yang terlibat sama
00:51ada ST, polis, TNB dan sebagainya.
00:54Tindakan agak agresif sekarang ini di mana dengan ada pemantauan dapat berkesan maka kita mengambil tindakan yang tegas.
01:02Tapi yang lebih utama sekarang ini ialah untuk kita memberi kesedaran kepada pengguna.
01:07Terutamanya pemilik rumah yang meter mereka bila dia mesewakan rumah ataupun premis kediaman ataupun premis perniagaan, dia tidak tukarkan meter
01:18kepada penyewa.
01:19Itu yang banyak menjadi mangsa sekarang ini yang sedang kita memberi kesedaran supastikan bila mesewakan rumah mereka, pastikan tukar nama
01:29kepada penyewa supaya mereka tidak menjadi mangsa.
01:32Itu yang kesedaran, patut semua kita bertanggungjawab.
01:35Berikan kesedaran supaya mereka tidak menjadi mangsa, orang menyewa tapi sebenarnya menjalankan kegiatan kripto.
01:42Ini banyak berlaku sekarang ini yang kita dapat kesan juga dan kita sedang mencari jalan bagaimana kita nak bantu supaya
01:50yang betul-betul innocent ini dapat kita bantu.
01:54Kadang-kadang bil tertunggak sampai ratusan ribu.
01:58Jadi itu yang kita nak bagi kesedaran.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended