Skip to playerSkip to main content
Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000

Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.

Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #cukai
Transcript
00:00Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai
00:09jualan, membabitkan jumlah keseluruhan RM320,033.84.
00:14Syarikat tersebut, Seng Kushen SDN Berhad bersama dua pengarahnya, Ngeng Engchen, 64 tahun dan Lim Paik Eng, 62 tahun, didakwa
00:25gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan gena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
00:33Mereka yang juga suami isteri didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Pendaftaran dan Pengurusan Hasil Kompleks Jabatan Kastam
00:42Seberang Jaya.
00:43Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan berasingan dalam bahasa Mandarin dihadapan Hakim Irwan Suhaibon di Mahkamah
00:53Session Jenayah 2 pada Khamis.
00:55Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 26 Kurungan 5 Akta Cukai Jualan 2018 Akta 806 kerana gagal menjelaskan
01:05cukai jualan berjumlah RM228,812.83 serta penalti RM91,525.01 kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh ditetapkan.
01:19Kes ditangguh sehingga 10 April untuk serahan dokumen.
Comments

Recommended