Skip to playerSkip to main content
Stok fizikal beras semasa negara mampu menampung keperluan rakyat bagi tempoh 5.45 bulan sekiranya Malaysia berdepan bencana seperti banjir atau perubahan iklim yang mengakibatkan gangguan bekalan makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat 3 Februari lalu, jumlah stok beras negara mencecah 1,089,285 tan metrik merangkumi 200,000 tan metrik stok penimbal dan 889,285 tan metrik stok dagangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769368/berita/nasional/stok-beras-negara-mampu-tampung-keperluan-lebih-5-bulan-jika-bencana

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #beras
Transcript
00:00Strategi menuruh telah dirangka bagi memperkukuh daya tahan sistem agromakanan negara agar kekal mampan dalam menghadapi sebarang kes luar jangka.
00:12Antara strategi yang dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan bekalan makanan negara sekiranya berlaku bencana termasuklah menyediakan stok penimbal.
00:24Ini ahli parlimen semua sudah mengetahui. Sehingga 3 Februari 2026, stok fizikal beras semasa negara adalah 1,089,285 metrik
00:39ton.
00:39Merangkumi 200,000 metrik ton stok penimbal beras dan 1,089,285 metrik ton stok dagangan yang mencukupi untuk menampung
00:52keperluan 5.45 bulan.
00:55Yang kedua, melaksanakan rintis penanaman padi 5 musim untuk 2 tahun yang sedang berjalan sekarang.
01:05Yang ketiga, menaikkan taraf dan memodernkan sistem pengairan di sektor pertanian.
01:10Ini juga sedang berlaku hampir di beberapa tempat.
01:14Menyediakan skim takaful tanaman padi sehingga RM3,000 kalau berlaku kerosakan yang nyata.
01:22Yang kelima, menyediakan tabung bencana tanaman padi.
Comments

Recommended