Skip to playerSkip to main content
Barisan Nasional (BN) mengesahkan tiada sebarang pertemuan dilakukan parti itu bersama kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin setakat ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan keahlian parti daripada kumpulan pemimpin itu ataupun hasrat menyertai Rumah Bangsa yang diusulkan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769404/berita/politik/zambry-sahkan-tiada-pertemuan-bn-dengan-kem-hamzah

#SinarHarian #BeritaSemasa #BN #Hamzah
Transcript
00:00Well, kita seperti yang kita sebutkan bahawa konsep rumah baru kita itu terbuka, kita tidak meletakkan pada satu-satu kumpulan
00:12sahaja.
00:13Seperti yang tersebutkan oleh yang amat berhormat Presiden UMNO sendiri iaitu konsep itu adalah sesuatu yang besar
00:22yang bukan hanya melibatkan politikal parti tetapi juga melibatkan semua kumpulan dan juga mungkin ada di kalangan NGO-NGO yang
00:33ada dalam negara ini
00:34yang mempunyai satu hasrat, satu visi, satu matlamat yang sama atas nama kesatuan.
00:43Soal jumpa atau tidak itu belum ada lagi.
00:47Cuma mungkin sekarang ini di peringkat mereka lah sebab kita pun tidak seperti yang saya sebutkan di peringkat BNI
00:53kita tidak mahu lah masuk campur urusan mereka sebab kita tahu mereka sedang ada dalam suasana berantakan biarlah mereka selesaikan
01:02terlebih dahulu.
01:03Takkanlah kita nak mula biarlah ini ada urusan mereka masalah mereka biarlah mereka selesaikan terlebih dahulu dan tentunya mereka ada
01:11perancangan-perancangan mereka.
Comments

Recommended