Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Børge Brende, mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis, beberapa minggu selepas organisasi itu melancarkan siasatan bebas berhubung hubungannya dengan mendiang pemerdagangan seks dari Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, WEF Berger-Brander, mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis, ia susulan siasatan bebas
00:10mengenai hubungannya dengan mendiang Jeffrey Epstein selesai dijalankan.
00:17Siasatan itu tidak menemui isu baru selain apa yang telah didedahkan sebelum ini.
00:22WEF sebelum ini melancarkan semakan dalaman susulan pembongkaran dokumen Jabatan Kehakiman AS yang menunjukkan Brander menghadiri beberapa majlis makan malam
00:33dengan Epstein serta berhubung melalui email dan pesanan ringkas antara 2018 dan 2019.
00:40Brander sebelum ini mengakui pertemuan tersebut tetapi menegaskan beliau tidak mengetahui latar jenayah Epstein pada ketika itu.
00:48Dalam kenyataan rasmi, Brander berkata, keputusan untuk berunduh dibuat selepas pertimbangan teliti dan menambah bahawa sudah tiba masanya WEF meneruskan
00:57kerja-kerja pentingnya tanpa sebarang gangguan.
01:01Beliau telah mengetuai organisasi berpusat di Davos itu sejak 2017.
01:06Lembaga pemegang amanah WEF mengumumkan bahawa Alois Zwingi akan mengambil alih tugas sebagai presiden dan CEO sementara, sementara proses pencari
01:16pengganti tetap dijalankan.
01:19Epstein, seorang ahli kewangan berprofil tinggi, pernah disabitkan kesalahan pada 2008 dan terus dikaitkan dengan tokoh-tokoh politik serta perniagaan
01:28global sehingga kematiannya pada 2019 ketika menghadapi pertuduhan pemerdangan seks.
01:33Terima kasih.
Comments

Recommended