Skip to playerSkip to main content
Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu menetapkan 20 Mei depan bagi menjatuhkan hukuman terhadap seorang remaja lelaki bawah umur yang memandu Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga maut dalam kejadian di Senawang, 6 Mac tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769353/berita/semasa/dah-setahun-langgar-orang-tapi-masih-berkerusi-roda

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Transcript
00:00Mahkamah Magistret Seremban pada Rabu menetapkan 20 Mei depan bagi menjatuhkan hukuman terhadap seorang remaja lelaki bawah umur yang memandu
00:08Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga maut dalam kejadian di Senawang 6 Mac tahun lalu.
00:15Peguam Johan Radzi memaklumkan Mahkamah membuat keputusan terbabit selepas Pegawai Perintah Hikmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Faizuddin Ahmad Zaini memberitahu
00:25bahawa laporan akhlak lelaki yang kini berusia 18 tahun itu masih belum dapat disiapkan.
00:31Sepatutnya hukuman terhadap tertuduh diputuskan pada Rabu berdasarkan laporan akhlak dan fakta kes.
00:37Terdahulu remaja itu yang ditemani keluarganya masih hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda meskipun sudah hampir setahun kes berlalu.
00:45Imejnya juga kekal berbaju hitam, bertopi serta memakai pelitup muka.
00:49Pada 17 Disember tahun lalu, remaja berkenaan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan semula dalam proseding pengurusan kes.
00:58Ketika didakwa di mahkamah pada 22 April lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan peguamnya memberitahu akan mengemukakan permohonan representasi.
01:07Bagaimanapun pada 19 November lalu, Jabatan Peguam Negara telah menolak representasi tersebut.
01:12Mengikut pertuduhan, tertuduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15 tahun, Muhammad Aswari Lotfi, 16 tahun
01:23dan Aisar Azim Abdullah, 17 tahun.
01:26Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights, Seremban
01:34pada 6 Mac 20.25.
Comments

Recommended