- 2 hours ago
Ikuti diskusi bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid
Category
🗞
NewsTranscript
00:07Bazar Ramadhan penuh warna, penuh aroma, tetapi dalam kesesakan itu ada risiko yang tidak kelihatan.
00:14596 kes baharu batuk kering direkodkan hanya dalam minggu ke-6 tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sudah melebihi 3,000
00:22kes.
00:22Ramadhan bukan punca penyakit, tetapi interaksi yang semakin rapat dan ruang yang semakin sesak boleh menjadi pemangkin penularan.
00:30Soalnya, adakah kita cukup bersedia atau kita masih memandang ringan risiko TB dalam suasana perayaan.
00:35Dengan itu, saya mempersilahkan pakar untuk membantu kita memahami perkara ini.
00:39Prof. Datuk Dr. Syed Mohamad Al-Junid Syed Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU Universiti.
00:45Saya nak ucapkan terima kasih.
00:46Datuk, sudah tentu apabila kita membincangkan mengenai kesihatan awam memang sangat penting dan agak kritikal terlalu menyebutan bulan Ramadhan dan
00:53kita akan pergi ke bulan Syawal.
00:55Dan adakah kes sudah mencecah 3,161 dengan 596 kes baru hanya pada minggu epidemiologi ke-6?
01:05Sebelum saya tanya adakah ini peningkatan luar biasa, tapi mungkin bantu kami faham dulu.
01:10Apa antara bila kita dengar batuk kering TB ini, apa antara simptom-sintomnya bagaimana untuk kita kenal pastinya dengan segera?
01:17Ya, saudari Nina, penyakit TB ataupun batuk kering ini sudahpun dikenali lama dan ia merupakan satu penyakit yang menjadi tumpuan
01:30kembali disebabkan oleh banyak faktor-faktornya.
01:33Jadi kita tahu bahawa simptom penyakit ini termasuklah demam yang berpanjangan, berpeluh di waktu malam, kemudian hilang berat badan, batuk
01:46yang berpanjangan dan batuk yang berdarah serta hilang darah untuk makan dan sebagainya.
01:54Jadi simptomnya memang jelas dan kita tahu juga penyakit TB ini mempunyai kaedah untuk disaring dengan mudah dan juga mempunyai
02:06rawatan yang efektif.
02:08Tetapi sejak akhir-akhir ini banyak lagi faktor-faktor risiko yang lain yang menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kes ini.
02:18termasuklah juga keadaan apabila kita berada di tempat yang sesak dan sebagainya.
02:25Namun begitu banyak lagi faktor-faktor lain yang akan kita bincangkan kemudian.
02:29Melihat peningkatan yang agak drastik ini, adakah ini peningkatan luar biasa berbanding tahun sebelumnya atau memang tren tahunan?
02:38Sebenarnya peningkatan yang kita nampak pada minggu 6-3161 itu merupakan salah satu daripada tren biasa.
02:48Kalau kita lihat dari segi angka yang diberikan oleh WHO, Pertubuhan Masa Maksa Bersatu World Health Organization,
02:57tahun lepas, tahun 2024 ya, dijangkakan ada keseluruhannya lebih kurang 26,000 kes untuk satu tahun ya.
03:08Dan kadarnya adalah sekitar 122 per 100,000 beruduk.
03:13Tahun ini, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh WHO, mungkin kadarnya menurun sedikit kepada 96 per 100,000 penduduk.
03:26Jadi walaupun bilangan kesnya meningkat, tetapi keseluruhannya masih lagi terkawal dan dijangkakan,
03:34ia tidak memberikan impak yang besar kalau kita mengambil tindakan awal,
03:38supaya perkara-perkara seperti komplikasi dan sebagainya,
03:43disebabkan kalau penyakit kronik ini tidak berlaku dan kita mengambil jalan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.
03:52Baik, saya nak melihat kes ini mengikut negeri.
03:55Sabah antara negeri yang tertinggi merekodkan, iaitu kes yang tertinggi dengan 755 kes.
04:01Fakta apa yang menyumbang sebenarnya?
04:04Susah dapat akses kesihatan, padat sangat penduduk, banyak sangat pekerja asing,
04:09ataupun isu pengesanannya agak lewat?
04:12Jadi kalau kita lihat, kebanyakan daripada situasi di mana berlakunya peningkatan insiden TB ini,
04:21adalah disebabkan oleh situasi sosioekonomi.
04:26Jadi ini bukan saja berlaku di Malaysia, tapi di kebanyakan negara-negara di dunia.
04:31Apabila negara itu, negeri-negeri tersebut mempunyai status development yang lebih rendah
04:37dan ramai rakyatnya atau penduduknya di bawah paras kemiskinan,
04:41mereka mungkin berada dalam situasi rumah yang agak susah
04:45dan ini menyebabkan prevalennya dan juga insidennya akan meningkat.
04:51Pada masa yang sama juga, kita tahu bahawa Sabah mempunyai banyak cabaran
04:56dari segi perkhidmatan kesihatan.
04:58Akses kepada perkhidmatan kesihatan mungkin terbatas disebabkan oleh pertama
05:02keadaan fizikal negara tersebut.
05:05Pada masa yang sama juga, mungkin ada juga pendatang asing yang datang ke situ
05:10walaupun dipahamkan bahawa daripada 3,000 kes tersebut,
05:153,161 kes tersebut, cuma 15% saja daripada warga asing.
05:20Tapi warga asing merupakan sumber yang penting kerana kita tahu bahawa
05:25jiran kita iaitu Indonesia mempunyai kadar yang jauh lebih tinggi
05:29seolah sebuah negara yang mempunyai bilangan kes dan juga kadar
05:33insiden TB yang cukup tinggi dan tak mustahil mereka menjadi pembawa kepada penyakit ini
05:39tetapi mungkin tidak dapat dikesan kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang ini
05:44adalah pendatang yang tidak, yang illegal, yang tidak didokumentasikan
05:51dan mereka mungkin tidak dapat menjalani screening dan juga rawatan yang sesuai
05:57apabila kalau boleh kita dapat menggesan mereka di peringkat awal.
06:02Jadi banyak faktor, salah satunya adalah satu sosioekonomi
06:05kemudian dan juga tempat tinggal yang agak sesak dan sebagainya.
06:12Dan sekarang musim bulan Ramadan, mungkin ramai berkata
06:15takpelah kita pergi ke bazaar, kita pakai mask ataupun makan ubat
06:19balik terus mandi ke sudah cukup.
06:22Mungkin doktor bantu kami faham, sejauh manakah benda-benda bazaar Ramadan ini
06:26benda-benda berisiko?
06:27sebab kementerian kata Ramadan bukan punca tetapi interaksi sosial yang meningkat.
06:31Dari sudut sains epidemiologi, kenapa berapa tinggi risiko penularan di ruang terbuka
06:37seperti bazaar itu sendiri?
06:39Kita tahu bahawa penyakit TB ini, tuberculosis ini,
06:44cara dia berjangkit adalah dengan melalui udara, droplet.
06:49Apabila seorang yang mempunyai bakteria tersebut berbatuk ataupun bersin
06:55dan mempunyai kontak yang rapat dengan orang lain,
07:00maka dia mungkin menyebarkan penyakit tersebut.
07:03Pasar Ramadan mungkin menjadi suatu daripada faktornya tetapi bukan faktor yang besar.
07:09Kerana kita tahu kebanyakan daripada pasar Ramadan adalah berada
07:13atau dibuat di tempat yang terbuka.
07:15Jadi biasanya pengudaraan di situ agak baik kecualilah pasar Ramadan yang dibuka
07:23di kawasan-kawasan ataupun di dalam kawasan tertutup.
07:25Tapi kebanyakannya pasar Ramadan adalah berada di dalam ruangan yang terbuka
07:30dan kalau ada kesesatkan pun, dia bukan merupakan faktor utama
07:35yang boleh meningkatkan kes TB di negara kita.
07:39Dan bazar kebanyakannya di kawasan terbuka tetapi ada juga yang separa tertutup
07:45atau sesak. Apakah antara standar pengudaraan minimum yang wajar dipatuhi penganjur terutamanya?
07:52Kalau kita lihat daripada cadangan ataupun guideline garis panduan daripada WHO
07:57tidak ada garis panduan khusus untuk perkara mengenai ventilasi dan juga pengudaraan
08:05bagi mengawal penyakit TB. Walaupun ada beberapa kajian yang dilakukan
08:10kalau kawasan itu tertutup dan sekiranya ventilasinya baik
08:15iaitu berlaku pertukaran udara di antara dua ke enam kali dalam satu jam
08:20ini boleh menurunkan prevalent penyakit yang ditularkan melalui udara
08:24bukan sahaja TB tapi penyakit-penyakit penyakit yang lain.
08:29Kemudian ada juga kajian yang menunjukkan bahawa kalau sekiranya
08:32pertukaran udara tadi dilakukan dan kadar carbon dioxide kurang daripada
08:40seribu part per million ini boleh mengurangkan jangkitan sehingga 97%
08:44tapi ini merupakan kajian. Dalam pendekatan WHO
08:48ventilasi ini disarankan supaya menggunakan ventilasi yang asli yang natural
08:56dan tidak ada khusus data-data yang dijadikan sebagai panduan
09:02untuk meningkatkan ventilasi bagi mengurangkan penyakit TB ini.
09:06Kerana penyakit TB ini ada banyak kaedah-kaedah lain lagi
09:09yang boleh kita lakukan dan perkemaskan untuk mengurangkan kadar jangkitannya.
09:14Dan jika ruang separa tertutup menjadi isu juga
09:18adakah harika bentuk bazaar ini perlu dikaji semula Dato' dan melihat kepada peranan
09:23adakah wajar juga pihak berkuasa tempatan menetapkan garis panduan
09:27perudaraan minimum untuk bazaar berskala besar?
09:30Saya rasa tidak perlu dibuat perubahan yang besar
09:34kerana di mana saya katakan tadi kebanyakan daripada bazaar Ramadan kita
09:39adalah berada di dalam kawasan yang terbuka.
09:43Cuma penghuni-penghuni atau pengunjung-pengunjung kepada bazaar ini
09:50harus mengambil tindakan. Misalnya kalau mereka berada dalam kumpulan berisiko
09:54siapa kumpulan berisiko ini pertama adalah mereka yang gulungan warga mas
10:00yang kedua adalah mereka yang punya penyakit-penyakit kronik
10:03terutama sekali penyakit diabetes ya.
10:05Dan mereka ini kita harapkan kalau boleh kalau nak pergi juga ke bazaar Ramadan ini
10:11pakailah peritup-peritup muka supaya emas ini boleh mengurangkan
10:18kemungkinan mereka terdedah kepada bahan kepada jangkitan untuk penyakit TB tali.
10:25Kemudian ada lagi satu kolongan yang juga mempunyai resiko tinggi
10:29dalam penyakit penyakit TB ini iaitu mereka yang merokok ya.
10:32Kerana merokok ini merosakkan paru-paru dan paru-paru itu menjadi fokus
10:36untuk penyakit TB iaitu TB paru yang merupakan sebagai besar daripada
10:43penyakit TB di negara kita. Jadi faktor-faktor resiko ini secara individu
10:48harus kita gunakan selain daripada sebagai alternatif kepada
10:55menukarkan kaedah ventilasi dan sebagainya. Kerana ini memerlukan
10:59memerlukan kajian yang lebih terperinci dan sehingga kini itu bukan
11:03merupakan suatu cara yang terbaik untuk mengelakkan TB di negara kita.
11:09Untuk elakkan TB sedang itu kita memerlukan langkah pencegahan
11:13kesedaran yang tinggi dan setakat ini nasihatnya etika batuk, pakai
11:16pelitup muka, mas jika bergejala dan dapatkan rawatan jika batuk
11:20lebih daripada dua minggu. Sejarah jujurnya Dato' dan syari latinya
11:25melihat kepada kita punya keupayaan adakah itu sudah memadai atau perlu
11:28langkah yang lebih tegas?
11:31Ya, kalau kita lihat langkah-langkah yang dicadangkan seperti
11:34screening dan sebagainya ya. Kemudian pendidikan kesehatan dan sebagainya.
11:40tapi satu lagi perkara yang harus kita ingat bahawa penyakit TB ini
11:44memerlukan rawatan yang intensif dan dalam satu tempoh yang agak panjang
11:50iaitu dua bulan pertama menggunakan kaedah dipanggil sebagai DOT iaitu
11:56Directly Observed Therapy kemudian diikuti dengan empat ke enam bulan
12:02lagi untuk ditampung ubatnya. Yang menjadi penting adalah dari segi faktor
12:07perkhidmatan kesihatan. Kita mesti pastikan bahawa perkhidmatan
12:11kita, kesihatan kita bersedia untuk menengani masalah ini. Biasanya
12:16pembina seorang itu mendapat gejala-gejala seperti batuk, demam dan
12:20juga batuk berdarah dan sebagainya. Kemana mereka akan pergi?
12:24Mereka biasanya akan pergi ke klinik-klinik swasta. Jadi pada masa
12:28sekarang klinik swasta dengan perkhidmatan kesihatan awam agak
12:35terpisah. Jadi ini yang harus kita harus kita lakukan supaya
12:38apabila pesakit tadi datang ke klinik-klinik swasta mereka akan
12:43dirujukkan kepada pusat-pusat kesihatan. Manakala di pusat-pusat
12:47kesihatan juga pula kita harus berhati-hati supaya kita mempunyai
12:51peralatan yang mencukupi, staff yang yang yang terlatih dan juga
12:57pesakit-pesakit atau mereka yang mungkin mengidap TB ini tidak
13:00mengalami masalah di mana apabila dirujuk mereka tidak dapat
13:06waktu rujukkan dengan cepat. Terutama sekali apabila mereka
13:09memerlukan X-ray. Kerana tidak semua klinik-klinik kesihatan ini
13:13mempunyai X-ray terpaksa dirujuk mungkin ke hospital dan sebagainya.
13:18Perkhidmatan kesihatan ini yang perlu kita perbaiki. Kita tahu bahawa
13:22klinik kesihatan dan juga hospital-hospital itu utama hospital
13:25daerah dan sebagainya mungkin sesak dengan dengan pesakit. Kalau kita
13:29tidak beri prioriti kepada mereka yang disyaki menjadi pengidap TB
13:34ataupun kontek kepada pengidap-pengidap TB ini maka besar
13:39kemungkinan apabila mereka disyaki mereka tidak tidak tidak datang
13:43untuk mendapatkan rawatan ataupun apabila mereka mendapatkan
13:46rawatan mereka tidak mendapatkan rawatan secukupnya. Mungkin
13:50kalau mereka tidak mendapatkan ubat-ubat secara berterusan sehingga
13:56habis enam bulan tersebut tempohnya itu ini akan mendedahkan
14:00pesakit tadi kepada suatu lagi jenis TB yang berbahaya iaitu
14:05multiple drug resistant TB. Ini amat malang kerana ianya lebih
14:11lebih parah dan juga kos rawatan juga lebih tinggi dan kadar
14:16kematian juga jauh lebih tinggi dibandingkan dengan TB biasa yang
14:20yang dikatakan sebagai yang rentan kepada obat-obat yang sedia ada.
14:28Dan melihat kepada tahap angka semasa Dato'
14:32adakah kita masih dalam fasa perjagaan ringan atau kita memerlukan
14:36itu intervensi yang lebih tersasar?
14:40Ya kalau kita lihat situasi di Malaysia kita kena berhati-hati
14:43walaupun angka yang diberikan itu masih lagi angka yang di dalam
14:48terkawal kita katakan kalau kita mengikut kepada estimate yang dibuat
14:52oleh BHO tapi kita harus berhati-hati kerana negara kita ada dua
14:56faktor lagi tambahan yang harus kita lihat pertama kita negara kita
14:59kita mempunyai ramai warga emas dan mereka ini akan terdedah
15:03terdedah. Yang kedua adalah kita mempunyai ramai pesakit-pesakit
15:08diabetes ya. Dua faktor ini adalah faktor penting. Orang yang mengidap
15:13diabetes mempunyai tiga kali berkemungkinan untuk mendapat
15:17jangkitan TB dibandingkan dengan mereka tidak punya TB dan negara
15:20kita hampir 1.5 18 ke 20 peratus daripada penduduk kita adalah
15:26pengidap-pengidap diabetes dan diabetes di kalangan warga tua ini
15:30akan mendedahkan mereka kepada penyakit TB ini dan menyebabkan
15:35mereka rentan untuk mendapatkan penyakit ini. Jadi kita walaupun data
15:40yang kita dapati ini agak masih lagi di dalam sesuatu yang kita
15:46estimate tetapi kita harus lihat bahawa perkara ini diberikan
15:50keutamaan. Kalau tidak nanti akan meringkat dan kita akan mendapat
15:53wabak yang lebih besar.
15:55Dan itu adalah perkara yang kita ingin cegah dan banyak lagi perkara
15:58yang kita ingin bincangkan. Doktor saya ingin juga menyentuh
16:02literasi mengenai penyakit ini dalam kalangan rakyat tetapi doktor
16:06kita teruskan bersama kami. Jangan kemana-mana kita akan berterlihat
16:08seketika dan kembali selepas ini.
16:25Pertama kembali. Baik kita akan teruskan dengan perbincangan kita
16:28untuk melihat kepada kesihatan awam dari penyakit batuk kering iaitu TB
16:31dan kita masih lagi bersama tetamu kita Prof. Datuk Dr. Syed Mohamad
16:34Aljuni Syed Junid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU Universiti.
16:39Terima kasih doktor kerana masih setia bersama kami.
16:42Banyak yang telah dikongsikan oleh doktor untuk kita memahami bagaimanakah
16:45sintem TB ini, apa yang perlu dikenal pasti dan untuk kita mengenali
16:52bagaimana iaitu beberapa negeri yang mengalami faktor-faktor utama
16:56yang mengalami kes yang agak tinggi dan apakah antara SOP yang perlu kita
17:00yang perlu kita adakan sekarang untuk mencegahnya daripada menular
17:03dengan lebih tinggi lagi. Melihat kepada literasi golongan rakyat ketika ini
17:08di mana kalau kita sembang di luar sana dengan pakcik-makcik
17:12ataupun orang yang mungkin menganggap mungkin selepas pandemik COVID-19
17:16mereka menganggap penyakit ini akan adalah penyakit baru, penyakit ini
17:19namun penyakit ini boleh dihadapi dan ramai anggap batuk ini berpanjangan
17:23perkara biasa. Bagaimana pakar ini akan menilai tahap literasi kesehatan rakyat
17:29mengenai tanda awal TB ini?
17:32Ya, kita harus sentiasa memainkan peranan terutama sekali pakar-pakar
17:38kesehatan awam, Kementerian Kesehatan dan sebagainya supaya ahli masyarakat
17:42kata sentiasa diberikan maklumat yang tepat dan supaya mereka mendapat
17:47maklumat daripada saluran yang betul. Kalau kita lihat sekarang kita ada
17:50sosial media dan sebagainya. Kalau dahulu ya mungkin dah 10, 30, 40
17:55tahun yang dahulu apabila kita mempunyai banyak kes-kes di kalangan
18:00masyarakat kita di TB ini apabila seorang itu batuk berdarah mereka
18:03mereka dianggap sebagai dikatakan seperti terkena santau dan sebagainya.
18:10Jadi persepsi-persepsi seperti ini menyebabkan pesakit kita tidak
18:14mendapatkan, tidak datang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik
18:18kesehatan ataupun di pusat-pusat dan hospital-hospital tetapi mendapat
18:22rawatan daripada mereka yang bomoh dan sebagainya. Dan ini menyebabkan
18:27kes-kes seperti menyebabkan kematian. Tapi kita tahu bahawa penyakit TB
18:33ini kita ada vaksinnya dan vaksin ini diberikan kepada kepada bayi
18:38iaitu BCG. Kemudian kita ada kemoterapi, ubat-ubat yang efektif yang
18:43boleh digunakan. Jadi dia tidak, dia tidak sama seperti COVID-nya dan
18:48juga kadar jangkitan yang juga jauh lebih rendah dibandingkan dengan
18:52COVID. Kalau jangkitan COVID itu setiap apabila ada satu kes kemungkinan
18:58dia berjangkit kepada kes yang lain itu ada dua kali. Dia dikatakan
19:02sebagai R0 figure ya. Manakala untuk untuk TB ini antara 0.2 hingga 1
19:09saja. So tidaklah se-infectious tetapi kena hati-hati kerana ada
19:13gulungan yang yang yang lebih rentan kepada penyakit ini dibandingkan
19:17dengan dengan yang lain. Jadi ahli masyarakat harus diberikan sentiasa
19:22maklumat yang tepat tentang penyakit ini dan mereka harus digalakkan
19:26apabila mempunyai simptom, mempunyai tanda-tanda itu segera
19:31mendapatkan rawatan dan seterusnya apabila mendapatkan rawatan itu
19:35meneruskan rawatan tersebut sehingga selesai. Kalau separuh jalan saja
19:39ini berbahaya kerana dia akan menyebabkan berlakunya bakteria
19:43mikrobakterium tadi yang akan resistant dan menyebabkan keadaan
19:47penyakit yang lebih parah. Dan kita ingat juga TB ini bukan saja
19:52menyerang paru. Dia juga boleh menyerang anggota-anggota lain dalam
19:55organ-organ lain seperti manajer otak ya, selaput otak, tulang dan
20:01sebagainya. Dan semua ini akan memberikan komplikasi yang
20:04menyebabkan pesakit akan bertambah parah kalau tidak diberikan
20:08rawatan segera. Jadi maklumat harus diberikan secara berkala
20:12oleh oleh kementerian dan juga mereka yang mempunyai risiko ini
20:16harus diberikan akses yang lebih baik apabila mereka mempunyai
20:21simptom dan juga apabila mereka memerlukan kaedah-kaedah
20:27saringan seperti ujian-ujian yang perlu dilakukan termasuklah
20:30X-ray dan juga ujian darah dan sebagainya. Mereka perlu diberikan
20:35akses segera. Biasanya akses untuk perkhidmatan seperti ini
20:39tidak diberikan oleh sektor swasta. Biasanya ada di sektor awam.
20:43Dan inilah yang harus kita perbaiki. Sektor awam dengan
20:47keadaan kesihatan klinik yang agak sesak tadi terpaksa bekerja
20:51dengan lebih lah kalau kita ingin memberikan perkhidmatan sebaik
20:54mungkin supaya keadaan lebih terkawal.
20:57Dan kita melihat juga risiko kepada peniaga, peniaga baza
21:01ataupun pekerja itu sendiri. Mereka terdedah berjam-jam
21:05setiap hari di lokasi dan ini agak bahaya risiko kerana
21:08kalau mereka tidak mempunyai kesihatan yang baik mereka akan
21:12menjadi sukar untuk mereka menjalankan peniaga. Kadang-kadang
21:14mereka tidak boleh melakukan peniaga itu tersebut. Jadi untuk
21:17kumpulan yang sangat berisiko ini adakah kita memerlukan
21:20saringan khas atau kempen kesihatan yang menyasarkan
21:22kumpulan ini terutamanya? Ya biasanya kepentingan
21:26kesihatan ada kaedah saringan yang dilakukan kepada
21:30pengendali-pengendali makanan ini. Jadi kalau pada nasihat saya
21:34apabila kalau sekiranya pengendali-pengendali makanan ini
21:37memang mereka akan terdedah lebih daripada orang lain
21:40kerana sentiasa berada di dalam kedai ataupun gerai mereka
21:45sepanjang gula Rabatan ini maka kalau ada sign and symptom
21:48seperti batuk dan sebagainya teruslah mendapatkan rawatan dan
21:55juga pergi kepada ke klinik dan juga ke hospital-hospital itu
22:01untuk mendapatkan saringan. Kerana ini penting. Kalau tidak disaring
22:05maka susah kalau penyakit ini telahpun merebak. Memang perlu
22:10ada mereka kumpulan ini termasuklah juga kerja-kerja
22:15kesihatan yang berhadapan dengan pesakit di hospital dan sebagainya.
22:19Ini adalah golongan-golongan resiko tinggi. Kalau dulu sebelum
22:22daripada sepeda ini biasanya saringan diberikan keutamaan
22:26kepada inmate penjara dan juga mereka yang berada di institusi-institusi
22:33yang tinggal lama dalam satu institusi. Tapi sekarang ini oleh
22:37kerana keadaan ekonomi juga berbeda maka kumpulan
22:40peniaga-peniaga gerai-gerai dan sebagainya harus diberikan
22:43keutamaan.
22:45Dan kita tahu dengan kes yang terus meningkat ini doktor secara
22:50jujurnya adakah Malaysia sebenarnya masih berada dalam
22:52ladasan kawalan TB atau kita sedang bergerak ke arah sasaran
22:552030 yang semakin sukar dicapai?
23:00Kalau kita lihat tren seluruh dunia adalah sukar untuk mencapai
23:05tren ataupun mencapai sasaran 2030. Karena 2030 itu sasarannya
23:11salah satunya adalah untuk mengurangkan insiden sehingga 90%
23:15dan juga mengurangkan kadar kematian kepada juga 90%
23:21daripada nilai sekarang. Ini memang sukar untuk dicapai
23:25disebabkan oleh banyak faktor. Ingat-ingat bahawa negara kita
23:28mempunyai sempadan yang agak senang ditembusi. Ini sempadan-sempadan
23:38ini menyebabkan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit
23:41berjangkit bukan saja TB penyakit lain masuk dengan mudah dan mereka
23:45ini mungkin menyebarkan kepada penyakit kepada penduduk kita.
23:48Jadi agak sukar untuk mencapai sasaran 2030. Namun begitu
23:55saya rasa Kementerian Kesehatan sedang mengambil langkah yang positif
23:59bagi memastikan bahawa kita tidak berada dalam risiko yang terlalu tinggi
24:04terutama sekali dalam waktu-waktu yang terdekat ini.
24:09Datuk seperti yang doktor kongsikan bahawa tadi kalau kita melihat
24:12tren global agak sukar untuk kita mencapai sasaran ini. Tetapi apa antara
24:16metod atau pendekatan yang boleh kita pelajari daripada negara lain
24:19yang kita boleh cakap tahap pengurusan, tahap penjagaan dan tahap
24:25rawatan itu sendiri berada pada tahap yang agak baik dan boleh
24:28dicontohi?
24:30Ya jadi Malaysia berada dalam keadaan di mana sistem kesehatan kita
24:34sekarang ini menghadapi berbagai-bagai cabaran. Salah satunya adalah
24:39kita masih lagi terpisah di antara sektor swasta dengan sektor awam.
24:44Jadi apabila klinik-klinik dan hospital swasta ini mendapat
24:48kes-kes TB yang mereka temui, mereka kadang-kadang perlu menghantar
24:55kes ini kepada perkhidmatan kesihatan awam. Ini merupakan satu
25:01diperlakuan kelemahan yang perlu kita baiki hubungan swasta dan juga
25:05awam di sisi perkhidmatan kesihatan perlu diperbaiki. Ini penting.
25:09pada masa yang sama juga kita mempunyai masalah penyakit kronik
25:14yang meningkat dan ini juga mendedah penduduk kita kepada
25:18jangkitan TB. Dr. Maskeri seperti saya katakan tadi, saya katakan tadi
25:22TB ya. Jadi kita menghadapi berbagai-berbagai cabaran pada masa
25:27hadapan kalau kita nak menyelesaikan masalah ini. Namun begitu saya rasa
25:31kita perlu menyediakan dana yang mencukupi untuk memberikan
25:35latihan, memberikan memberikan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan
25:42fasiliti kesihatan yang lebih baik. Di negara-negara luar cara untuk
25:46mengesan TB telah pun berubah daripada menggunakan X-ray semata
25:51kepada kaedah-kaedah yang lebih cepat menggunakan ujian-ujian yang lebih
25:57cepat untuk menghasilkan resultnya ya. Seperti ujian makmal yang
26:02menggunakan genomics ataupun kaedah-kaedah yang lebih cepat untuk
26:08mendapatkan hasil. Jadi dengan cara itu ini dapat kita kesan penyakit ini
26:15dengan dengan lebih dengan lebih cepat. Misalnya di negara lain mereka
26:18menggunakan IGRA ataupun interferon reagent untuk digunakan
26:26reagent assay ya. Gamma-gama release assay ya. IGRA. Ini cepat untuk kita
26:31mengesan TB di dalam kahak pesakit dan juga ada ujian-ujian darah yang
26:37digunakan untuk mengesan TB ini. Jadi kaedah-kaedah yang lebih efektif
26:44yang lebih berkesan ini harus kita terapkan walaupun kosnya agak tinggi ya
26:48dibandingkan dengan mengharapkan kepada X-ray dan juga simptom
26:52screening saja. Jadi mungkin teknologi baru untuk mengesan TB dengan
26:57lebih cepat perlu kita bawa masuk dan juga kita lakukan dengan secepat
27:02mungkin di negara kita. Dan sasaran 2030 bukan sekadar komitmen atas
27:07kertas. Ia menuntut tindakan konsisten, saringan lebih awal dan
27:10disiplin kesehatan yang tidak bermusim. Jika momentum kawalan ini tidak
27:14diperkukuh sekarang, jurang antara sasaran dan realiti akan semakin
27:17melibah dan sebenarnya TB boleh disegah dan dirawat. Tetapi hanya
27:20jika kita bertindak sebelum angka menjadi kebiasaan. Saya ucapkan terima
27:24kasih kepada Prof. Dr. Syed Mohamed Al-Junid. Syed Junid, Pakar Perubatan
27:27Kesehatan Awam IMU Universiti kerana bantukan kami faham apakah antara
27:30amaran awal TB dan apakah antara perkara atau pendekatan yang boleh
27:34kita laksanakan untuk mencegah dan merawat penyakit ini.
27:37So tentu setiap konsisten ini akan kami rangkumkan dalam
27:39astroawani.com dan di semua platform digital AstroAwani.
27:42Terima kasih kerana menonton!
27:46Terima kasih kerana menonton!
Comments