Skip to playerSkip to main content
Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah

Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #DBKL #StreetDakwah #HannahYeoh
Transcript
00:00DBKL telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu ini.
00:04Isu ini bukan isu dakwa, ini isu canopy.
00:08Berbeza isunya.
00:09Saya tak nak mengulangi kenyataan media DBKL,
00:13nanti saya bagi satu salinan, semua dah baca.
00:16Dan untuk aktiviti dakwa ini,
00:19seperti yang saya nyatakan,
00:20DBKL sentiasa bekerjasama dengan semua pihak.
00:25Dalam posting MRM,
00:29mereka ada menyatakan
00:31kenapa Menteri Agama boleh turun ke lokasi yang sama,
00:35lakukan aktiviti dakwa.
00:36Kita dapatkan input daripada Jakim dan Jawi.
00:40Waktu program strik dakwa yang Menteri Agama turun
00:44dipilih pada waktu malam dan pada hari Jumaat,
00:47iaitu malam minggu yang merupakan waktu rehat
00:50dan bersantai bagi sebahagian besar penduduk setempat.
00:54Kemudiannya, untuk sesi advokasi,
00:56Jakim juga mengatakan,
00:57pihak penganjur memberikan sesi penerangan
01:00seperti maklumat berkaitan amalan umat Islam,
01:03seperti pemakaian tudung dan sebagainya.
01:05Dan sesi penerangan kepada pengunjung ini
01:08bersifat santai, berhikmah, terbuka
01:10dan tidak menyentuh kepada sebarang isu sensitiviti
01:13melibatkan agama lain.
01:15dan mesyuarat koordinasi turut diadakan oleh Jakim
01:20sebelum mereka turun ke tapak kerana mereka nak pastikan
01:23keadaan trafik okey, ada koordinasi dengan trafik polis.
01:28Dan satu lagi, saya nak nyatakan mengenai tuduhan yang berhormat
01:33bahawa Datuk Bandar yang baru ini merampas bahan-bahan MRM.
01:37bahan-bahan MRM telah diambil balik oleh mereka
01:41dan bahan-bahan ini bukan bahan-bahan agama pun.
01:44Seperti yang saya nyatakan,
01:46tindakan operasi yang berlaku pada hari itu
01:48berdasarkan aduan oleh orang awam, satu.
01:51yang keduanya, barang-barang yang diambil
01:55sebenarnya dalam kenyataan media, mereka tunggu
01:58tapi tak ada yang datang selepas 30 minit
02:02baru operasi DBKL bertindak.
02:06Perkara bahan yang telah diambil oleh DBKL
02:10satunya kerusi, yang keduanya meja lipat
02:13ketiganya kemah dan kanopi
02:16keempat troli beroda.
02:17ini adalah isu sebenar, bukan isu dakwa
02:22ini adalah isu aduan kanopi di tapak tersebut
02:27di mana mereka turun, pasukan turun pada hari itu
02:31untuk meninjau keadaan untuk vandalisme
02:35operasi yang berbeza
02:36cuma bila dapat aduan, mereka tunggu di situ
02:39untuk tengok kanopi tersebut.
02:40Perkara ini telah diselesaikan
02:42perjumpaan telah diadakan
02:44bahan-bahan ini juga kerusi, meja lipat, kemah, troli beroda
02:49juga telah diambil balik oleh MRM.
Comments

Recommended