Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:12Polis akan merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dawaan pemilikan saham Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
00:22SPRM Tan Sri Azambaki yang dilaporkan sebuah media antarabangsa.
00:27Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki telah memfalkan saman terhadap Bloomberg berhubung artikel didakwa berunsur
00:37fitnah berkaitan dawaan pemilikan saham yang diterbitkan pada 10 Februari lepas.
00:43Sebanyak 596 kes baru TB dikesan di seluruh negara sehingga minggu epidemiologi ke-6 tahun ini menjadikan bilangan keseluruhan kes
00:52ini kepada 3,161 setakat ini.
00:57Kementerian Pertahanan menambah baik sistem dan perolehan aset dalam beberapa perkara terutama dalam sebut harga dan takbir urus jawatan kuasa.
01:07Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli dan pemimpin bersatu untuk
01:14kembali demi memperkukuh dan memperkuat perpaduan orang Melayu.
01:19Seramai 12 anggota polis yang sedang disiasat berhubung kes kecurian mata wang kripto milik warga negara China kini direhatkan daripada
01:27tugas aktif.
01:29Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung AS dan tarif baru yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.
01:38Pihak berkuasa Thailand sedang giat berusaha membendung penularan wabak misteri yang menyebabkan kematian 72 ekor harimau di dua pusat pelancongan
01:47utama sejak awal bulan ini.
01:50Bekas Kapten Brazil Neymar menyatakan kemungkinan akan menamatkan kariernya pada penghujung tahun ini.
01:58Tentera Laut Meksiko mengiringi sebuah kapal separa selam yang membawa sehingga empat tan kokain ke pelabuhan Manzanillo pada Jumaat.
02:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended