Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pertumbuhan ekonomi yang kukuh perlu diterjemahkan kepada manfaat yang lebih menyeluruh kepada rakyat, khususnya dari segi pendapatan dan keupayaan untuk meningkatkan perbelanjaan domestik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peningkatan gaji pekerja dan kuasa berbelanja rakyat perlu menjadi antara elemen penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan secara
00:08mampal.
00:09Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, perbelanjaan dalam kalangan rakyat merupakan antara cerminan kepada kekuatan dan keutuhan pertumbuhan ekonomi.
00:21Menurut beliau, kitaran ekonomi perlu terus berlaku bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak hanya dipacu oleh kemasukan pelaburan.
00:29Sebaliknya turut disokong oleh kemampuan rakyat untuk berbelanja berdasarkan pendapatan yang diterima.
00:35Bila sebut soal pertumbuhan ekonomi, bagi saya elemen gaji pekerja itu penting untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi kerana perbelanjaan ataupun
00:46consumption daripada kalangan rakyat itu juga cerminan kepada kekuatan, keutuhan pertumbuhan ekonomi yang ada.
00:55Jadi sebab itu, the economic cycle kena berlaku untuk memastikan bahawa yang memacu pertumbuhan ekonomi itu bukan semata-mata dalam
01:05bentuk pelaburan yang kita bawa masuk.
01:07Tapi soal adakah rakyat sebenarnya boleh berbelanja dengan lebih baik dari segi berbanding dengan pendapatan yang diterima dan juga produktiviti
01:18hasil aktiviti ekonomi yang mereka lakukan.
01:21Akmal berkata aspek produktiviti juga perlu diberi perhatian bagi memastikan peningkatan pendapatan pekerja selari dengan aktiviti ekonomi yang dijanak.
01:30Jelasnya pertumbuhan ekonomi yang kukuh perlu diterjemahkan kepada manfaat yang lebih menyeluruh kepada rakyat, khususnya dari segi pendapatan dan keupayaan
01:39untuk meningkatkan perbelanjaan domestik.
01:41Beliau berkata demikian dalam termubual dalam program agenda awal ini pada selasa.
Comments

Recommended