00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron mengkritik kegagalan usaha damai di Gaza dan menyifatkan keadaan yang berlaku ketika ini sebagai sesuatu yang
00:08memalukan masyarakat antarabangsa.
00:10Menurut beliau sehingga kini masih belum ada koridor kemanusiaan yang berjaya diwujudkan bagi membantu penduduk Gaza.
00:18Macron turut mengkritik peningkatan keganasan oleh peneroka Israel di Tebing Barat yang menurutnya semakin menjejaskan hak rakyat Palestine.
00:25Beliau memberi amaran bahawa tindakan yang menjejaskan kedaulatan negara-negara jiran atas alasan keselamatan tidak akan membawa kestabilan jangka panjang.
00:35Dalam perkembangan berkaitan Asia Barat, Macron menyifatkan pembukaan semula selah hormus sebagai keutamaan penting untuk menjamin keselamatan bekalan tenaga dunia.
00:44Menurutnya, penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa juga merupakan keutamaan demi kepentingan semua pihak dan Perancis akan terus komited terhadap prinsip
00:53itu.
00:55Terima kasih.
Comments