00:00Seti Usaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres, menggesa negara-negara dunia mewujudkan peraturan global bagi mengawal perkembangan
00:09kecerdasan buatan AI, khususnya dalam pembangunan senjata autonomi.
00:14Berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York, Guterres menegaskan bahawa keputusan yang melibatkan soal hidup dan mati tidak boleh
00:21diserahkan kepada mesin.
00:25Beliau memberi amaran bahawa pembangunan senjata autonomi atau dikenali robot pembunuh boleh mendatangkan risiko besar kepada keselamatan global.
00:34Menurut Guterres, AI mampu memberikan manfaat besar kepada bidang perubatan dan sains. Namun teknologi itu memerlukan pengawasan yang lebih ketat
00:43dan proses pembangunan yang telus.
00:45Beliau menggesa negara-negara maju yang menerajui pembangunan AI untuk bekerjasama menetapkan piawayan keselamatan antarabangsa.
00:53Guterres turut menyeru penubuhan mekanisme pemantauan bebas bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab.
01:01Menerusi ucapan yang sama, beliau turut menyentuh mengenai Asia Barat.
01:04Antara lain, komuniti antarabangsa diseru supaya terus berganding bahu dalam menamatkan konflik di Asia Barat.
01:10Tegasnya orang awam terus menanggung kesan keganasan yang berterusan di rantau itu dan juga perang tidak kesudahan di dunia ketika
01:18ini.
Comments