00:00Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al Saud mengecam kumpulan Houthi di Yaman dan menyifatkan serangan yang didakwa menyasarkan
00:07Kota Suci Mekah sebagai satu tindakan jenayah yang serius.
00:12Kenyataan itu dibuat ketika mesyuarat Kabinet Arab Saudi yang dipengurusikannya pada selasa.
00:19Raja Salman menyifatkan Houthi sebagai kumpulan yang mengancam keselamatan rantau itu dan mendakwa kumpulan berkenaan berulang kali menyasarkan Kota Suci
00:28Mekah.
00:28Katanya cubaan menyerang Kota Suci umat Islam itu sebagai satu jenayah keji yang mencetuskan provokasi terhadap sentimen umat Islam di
00:37seluruh dunia.
00:39Minggu lalu Arab Saudi mendakwa berjaya meminta sebuah drone yang dilancarkan Houthi menuju ke arah Mekah.
00:45Bagaimanapun dakwaan itu ditolak keras oleh pemimpin Houthi Abdul Malik Al-Houthi yang menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.
00:53Raja Salman teruk memuji pasukan tentera dan keselamatan Arab Saudi atas usaha mempertahankan negara serta melindungi lokasi-lokasi suci Islam,
01:03jemaah haji, rakyat dan penduduk kerajaan itu.
01:05Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Arab Saudi berdepan peningkatan serangan drone dan peluru berpandu yang didakwa dilancarkan Houthi ke arah
01:15bandar, infrastruktur tenaga dan laluan perkapalan negara itu.
01:20Ketegangan tersebut terus meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga global terutama selepas Houthi memperluas penguasaan mereka di sepanjang pesisir Laut Merah,
01:29Yaman.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments