00:00Program pengajian di peringkat ijazah perlu terus diselaraskan dengan permintaan industri bagi memastikan graduan memiliki kemahiran dan kelayakan yang relevan
00:08dengan keperluan pasaran pekerjaan.
00:11Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, penjajaran itu penting bagi membuka peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik kepada
00:18golongan muda selain mengurangkan jurang antara kelayakan graduan dengan keperluan industri.
00:23Beliau berkata, institusi pendidikan tinggi perlu memberi perhatian kepada bidang serta kemahiran yang menjadi keperluan dan permintaan industri supaya graduan
00:31bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tetapi turut mempunyai prospek kerjaya yang lebih baik.
00:39Ijazah ini juga kita perlu dijajarkan juga dengan permintaan industri supaya dari segi nilaiannya itu akan ada peluang yang lebih
00:51baik terutamanya untuk subjek ataupun perkara-perkara yang akan menjadi idaman ataupun keperluan industri.
01:00sebab kita tak nak masalah under so-called, under-employed yang semakin jurang untuk wujud terutamanya dengan anak muda.
01:10Kalau tidak kita akan ada another generasi yang dari segi quality, qualificationnya mungkin ada ijazah tapi pendapatan dan yang lebih
01:21penting dia punya kepuasan
01:24berkerja ataupun bidang yang dilakukan itu mungkin tidak seperti yang mereka harapkan.
Comments