00:00Kaneda umum bantuan antarabangsa berjumlah 70 juta dolar Amerika kepada Palestine sebagai sebahagian daripada usaha menangani krisis kemanusiaan dan menyokong
00:10pembinaan keamanan di wilayah itu.
00:12Perdana Menteri Kaneda Mark Carney berkata sekitar 56 juta dolar akan disalurkan untuk bantuan kemanusiaan manakala 14 juta lagi disalurkan
00:21untuk memperkukuh keupayaan keamanan dan keselamatan.
00:26Pengumuman dibuat ketika beliau menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di New York.
00:33Menurut Kaneda, komponen keselamatan itu termasuk sokongan kepada program latihan polis di Tebing Barat yang turut diterajui Kaneda.
00:40Beliau berkata Kaneda kekal berpegang kepada sokongan terhadap penyelesaian dua negara yang telah menjadi dasar luar negara itu sejak sekian
00:48lama.
00:48Dalam masa sama, Kaneda menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan penempatan I-1 yang disokong kerajaan Israel dan menyifatkannya sebagai ancaman langsung
00:58kepada prospek keamanan.
01:00Menurut beliau, Kaneda bersama beberapa rakan antarabangsa melihat pembangunan penempatan itu boleh menjejaskan peluang merealisasikan penyelesaian dua negara.
01:10Susulan itu, Ottawa terus mengumumkan hasrat untuk memperkenalkan sekatan perdagangan terhadap perangan yang dihasilkan di penempatan Israel.
01:19Kaneda berkata langkah berkenaan merupakan tindakan pragmatik bagi membantu mengekalkan peluang mencapai keamanan berkekalan antara rakyat Israel dan Palestine.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments