Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat kini lebih kuat dari segi ekonomi, ketenteraan dan teknologi sambil menegaskan Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa beliau telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara paling berkuasa di dunia sepanjang pentadbirannya.
00:09Berucap pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Trump berkata mereka kini berada pada kedudukan lebih kukuh
00:17berbanding sebelum ini dari segi ekonomi, ketenteraan dan teknologi.
00:23Trump terus mendakwa negaranya mendahului banyak bidang teknologi dan inovasi berbanding negara-negara lain.
00:30Dalam masa sama beliau menegaskan Washington akan terus mempertahankan kepentingan strategiknya di hemisfera barat termasuk menggunakan kekuatan ketenteraan jika perlu.
00:40Menurutnya Amerika Syarikat tidak lagi akan membenarkan sebarang ancaman bertapak di rantau tersebut.
00:46Trump menambah simpanan peluru negara itu kini meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding sebelum ini.
00:53Beliau mendakwa Amerika Syarikat memiliki bekalan persenjataan yang mencukupi dan terus mempertingkatkan kapasiti pengeluaran pertahanannya.
01:02Menyentuh hubungan dengan Iran, Trump menyuarakan keyakinan bahawa satu perjanjian damai antara Washington dan Teheran dapat dicapai selepas pilihan raya
01:10separuh penggal Amerika Syarikat yang dijadual berlangsung pada 3 November ini.
01:16ever was before.
Comments

Recommended