00:00Komposer dan penyanyi Yassin Sulaiman, 51 tahun, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jabatan Penjara Malaysia
00:08serta menarik balik kenyakaan kontroversi dibuatnya dalam temubual podcast baru-baru ini.
00:14Saya ingin menyatakan bahawa penafian yang telah mereka lakukan adalah benar
00:21dan apa yang telah saya katakan dalam podcast-podcast yang berkenaan itu, tak betul lah.
00:35Semasa saya dalam penjara sebelum dimasukkan ke hospital bahagia, saya sebenarnya berada dalam fasa mania sakit bipolar disorder.
00:44So, mungkin akibat daripada itu, you know, saya mungkin tersalah anggap, tersalah faham, tersalah tafsir.
00:56Mungkin saya nampak benda yang tak ada, dengar benda yang tak ada dan sebagainya.
00:59Sehingga saya buat conclusion-conclusion yang tak betul tu lah.
01:04So, pihak penjara, pihak Jabatan Penjara lebih tahu tu tentang penjara daripada saya.
01:11Dan saya tidak, saya ni lah, saya mohon maaf, saya kesal.
01:17Saya tidak pernah bermaksud untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia.
01:25Para pegawai dan anggota di penjara mempunyai tugas yang berat.
01:32Mereka memikul amanah yang besar.
01:34Dan saya ucapkan terima kasih dan di atas segala khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan negara.
01:46Dan bersama video ini, di bawah, di caption ada kenyataan media penuh saya tentang apa yang berlaku ini.
01:55Dan semoga dengan posting ini, segala kekeliruan yang berlaku dapat dileraikan dan diselesaikan.
02:05Dan saya harap isu ini tidak akan berpanjangan lagi selepas ini.
02:13So, apa yang saya kata dalam podcast tu semua tu, tidak benar.
02:20Dan saya tarik balik semua kenyataan tentang salah laku yang berlaku di dalam penjara.
Comments