00:00Isu infrastruktur asas cabaran utama yang dihadapi di Kinarut Papar sepanjang tahun lalu bagaimanapun perkembangan terkini menunjukkan usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan.
00:11Pengarah Eksekutif WSG Group, Datuk Susan Wong Siu Gweng berkata pembangunan Kinarut Palm Avenue merupakan fasa terkini yang memberi fokus kepada lot kedai komersial sebelum pembinaan sebuah pusat beli belah yang dijangka dibangunkan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
00:30Jelas beliau pembangunan kawasan Kinarut terus diperkokoh dengan perancangan jangka panjang yang dijangka mengubah landscape komersial daerah Papar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
01:00Sementara itu beliau turut menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan khususnya Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Muhammad Ali untuk menambahbaik sistem jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan Kinarut.
01:30Pembangunan berterusan di Kinarut dijangka bukan sahaja merancangkan aktiviti ekonomi setempat malah turut memberi manfaat kepada masyarakat sekitar melalui penyediaan kemudahan komersial, peluang pekerjaan dan infrastruktur yang lebih baik.
Comments