Skip to playerSkip to main content
Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah lebih RM40,000 milik seorang lelaki tahun lalu.

Tertuduh Siti Fairuz Omar 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767031/berita/semasa/pengarah-syarikat-pelancongan-umrah-didakwa-salah-guna-wang-rm41490

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Tipu
Transcript
00:00Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah didakwa di Mahkamah Magistrit Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah lebih RM40,000 milik seorang lelaki tahun lalu.
00:15Tertuduh Siti Fairus Omar, 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Magistrit Nurul Sakinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh telah secara curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki oleh seorang individu lelaki berusia 42 tahun iaitu wang berjumlah RM41,940.
00:40Kesalahan itu dilakukan di SIGC Paroi pada 7 September hingga 19 November 2025.
00:47Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan atau maksimum lima tahun dengan sebat dan denda.
01:02Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan paling minimum atas alasan telah hilang pendapatan sejak kes berlaku.
01:10Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Mac depan bagi serahan dokumen serta lantikan peguam.
Comments

Recommended