Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seorang pelawak Indonesia yang menjadi individu pertama dari negara itu tampil dengan rancangan khas di Netflix dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis, pada Jumaat.
Transcript
00:00Seorang pelawak Indonesia yang menjadi individu pertama dari negara itu tampil dengan rancangan khas di Netflix dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis pada Jumaat.
00:10Ini susulan selepas pihak berkuasa Indonesia menerima aduan bahawa sebahagian kandungan dalam persembahannya bersifat menghina dan berunsur mempelekehkan agama.
00:21Pranjid Pragyi Waksono keluar dari ibu pejabat polis Jakarta pada Jumaat malam selepas kira-kira tujuh jam memberi keterangan.
00:28Polis mengesahkan beliau dipanggil untuk membantu siasatan namun tidak menamakan beliau sebagai suspek atau menyertakan sebarang pertuduhan rasmi.
00:37Bercakap kepada pemberitaan setelah sesi soal siasat, Pragyi Waksono berkata, beliau telah menjawab semua soalan polis sebaik mungkin dan menegaskan bahawa beliau tidak berniat melakukan penghinaan agama.
00:48Rancangan khas beliau mulai ditayangkan di Netflix pada 27 Disember lalu dan memaparkan komen satira mengenai politik Indonesia termasuk pilihan raya 2024 yang dimenangi bekas General Tentera Prabowo Subianto yang kini menjadi Presiden Indonesia, negara majoriti penduduknya beragama Islam.
01:07Dalam persembahannya, Pragyi Waksono terus mengkritik dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nadlatul Ulama dan Muhammadiyah berhubung penerimaan konsesi perlumbungan daripada kerajaan ketika Jokowi Dodo atau Jokowi masih menjadi Presiden.
01:23Kedua-dua pertubuhan itu sebelum ini menafikan sebarang salah laku dan menegaskan konsesi tersebut bertujuan meningkatkan kebajikan ahli mereka.
01:32Rancangan berturasi hampir dua jam setengah itu mencetuskan perdebatan hangat di Indonesia dengan sebahagian pihak menduduk pelawak tersebut menghina institusi agama dan negara menegaskan aktivis demokrasi mempertahankan hak kebebasan bersuara beliau.
01:46Juru Cakap Polis Jakarta, Andaru Rahutomo berkata, siasatan dibuat berdasarkan lima laporan polis yang diterima.
Comments

Recommended