00:00Mula, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI mengesahkan bahawa nama ketua situsnya KSU Kementerian itu, Dato' Hairil Yahari Yaakob, telah disalahguna dalam satu skim pelaburan palsu yang dikesan beroperasi melalui aplikasi Telegram.
00:15Menurut MITI, skim berkenaan menggunakan nama saluran Ministry of International Trade Industry bagi memperdaya pengguna media sosial dengan memberi gambaran seolah-olah mempunyai kaitan rasmi dengan kementerian tersebut.
00:26MITI menafikan sekeras-kerasnya sebarang perlibatan mana-mana pegawai Kementerian dalam skim berkenaan atau sebarang skim pelaburan di mana-mana platform.
00:34Sebenarnya itu, pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan mencurigakan, mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.
00:47Sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI.
Comments