Surau Ar-Rijal bernilai RM1.5 juta yang dibina melalui sumbangan orang ramai dan penyumbang persendirian menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim dirasmikan Datuk Rizalman Ibrahim pada Jumaat. Perasmian tersebut berlangsung selepas beliau menunaikan solat Isyak bersama jemaah di surau yang terletak di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth. Rizalman berkata pembinaan surau itu memberi makna besar kepadanya kerana tidak pernah menyangka akan terlibat dalam usaha membina rumah ibadah bagi komuniti setempat.
Comments