Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memfailkan saman sivil berjumlah AS$5 bilion terhadap JPMorgan Chase & Co serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamie Dimon, atas dakwaan bank terbesar di negara itu menutup akaun miliknya atas sebab politik.
Transcript
00:00Seterusnya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memfalkan saman sivil berjumlah $5 bilion terhadap JP Morgan Chase & Co. dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamie Dimon. Ia atas dawaan bank terbesar di negara itu menutup akaun miliknya atas sebab politik.
00:15Saman yang difalkan di Mahkamah Daerah Miami-Dade, Florida mendakwa JP Morgan melanggar dasar dalaman sendiri dengan menyasarkan Trump secara khusus.
00:28Bank terbabit didakwa menggunakan alasan politik apabila menamatkan beberapa akaun bank miliknya tanpa amaran, alasan atau ruang pemulihan.
00:35Menurut dokumen saman itu, tindakan tersebut turut membabitkan beberapa syarikat hospitaliti milik Trump.
00:41Pelintif mendakwa mereka mengalami kerosakan reputasi yang serius apabila terpaksa menghubungi institusi kewangan lain untuk memindahkan dana.
00:51JP Morgan dalam satu kenyataan menegaskan saman itu tidak berasas.
00:55JP Morgan turut menafikan menutup akaun pelanggan atas alasan politik atau agama.
01:00Saman berkenaan turut menuduh Dimon mengarahkan pembentukan satu senarai hitam bagi memberi amaran kepada bank-bank lain
01:07supaya tidak menjalankan urusan dengan Trump Organisasi, ahli keluarga Trump dan Trump sendiri.
01:14Dakwaan itu disifatkan sebagai berniat jahat.
01:17Trump menuntut sekurang-kurangnya 5 bilion dolar sebagai ganti rugi termasuk atas dakwaan tindakan JP Morgan dilakukan dengan niat jahat dan melanggar prinsip kepercayaan.
01:26Yeah, I think it's fine what I'm doing. We have an event.
Comments

Recommended