Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Cabang dasar luar Kesatuan Eropah (EU) membangkitkan kebimbangan terhadap kuasa luas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam Lembaga Keamanan (Board of Peace) yang baharu ditubuhkan, menurut satu dokumen dalaman yang dilihat oleh Reuters.
Transcript
00:00Cabang dasar luar kesatuan Eropah, EU membangkitkan kebimbangan terhadap kuasa luas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam lembaga keamanan Board of Peace yang baru ditubuhkan.
00:10Trump sebelum ini menggesa pemimpin dunia menyertai inisiatif lembaga keamanan itu yang kononnya bertujuan menyelesaikan konflik di peringkat global.
00:18Namun, beberapa ketua kerajaan barat dilaporkan enggan mengambil bahagian.
00:25Dalam analisi sulit bertarikh 19 Januari yang diedarkan kepada negara anggota EU, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, EAS, menyuarakan kebimbangan mengenai penumpuan kuasa yang terlalu besar di tangan Trump.
00:37Menurut dokumen itu, piagam lembaga keamanan berkenaan menimbulkan kebimbangan dari sudut prinsip perlembagaan EU dan otonomi perintah undang-undang EU juga menolak penumpuan kuasa di tangan pengurusi.
00:50Trump dilantik sebagai pengurusi seumur hidup lembaga itu.
00:53Dokumen sama turut menyatakan lembaga keamanan itu menyimpang secara ketara daripada mandat yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertuban Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada November lalu yang hanya tertumpu kepada konflik Gaza.
01:08Lembaga keamanan itu yang dilancarkan oleh Trump pada Khamis dijadwalkan memulakan tugas dengan menangani konflik Gaza sebelum diperluaskan kepada konflik lain.
01:17Presiden Majlis Eropah Antonio Costa berkata EU mempunyai keraguan serius terhadap beberapa elemen dalam piagam lembaga keamanan termasuk skop, tatbik urus dan keserasian dengan piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.
Comments

Recommended