Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman kerana disyaki terlibat rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan tentera Laut Diraja Malaysia TLDM di Rehman kerana disyaki terlibat rasuah dengan mengesur dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
00:11Turut ditahan Rehman seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dan bersubahat dalam aktiviti rasuah berkenaan.
00:17Perintah Rehman selama 7 hari hingga 29 Januari terhadap kedua-dua individu berkenaan dikeluarkan Magistrat A. Hafiz Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi Jumaat.
00:33Sumber maklumkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira 6.50 petang dan 9.40 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Ipoh.
00:47Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020.
00:54Siasatan awal turut mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira 8 aset tak alih terdiri daripada 3 buah rumah, 3 rumah kedai dan 2 hotel yang didaftarkan atas nama beliau.
01:10Sumber juga maklumkan siasatan mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira 2 juta ringgit ke dalam akaun peribadi dan 2 akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.
01:23Sementara itu, pengarah kanan bahagian peristikan SPRM, Datuk Saiful Ezra Arifin ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended