00:00Ejen kilang yang menjalankan operasi pelupusan sisa elektronik e-waste secara haram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Jumaat atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM50,000 kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar JAS.
00:17Tertuduh Sun Kane Chong, 40 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan hakim N. Kanagaswari selepas pertuduhan dibacakan.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh secara rasuah memberikan suapan wang tunai RM50,000 kepada pegawai JAS sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
00:37Ia selepas tertuduh disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127 iaitu tidak mempunyai lesen premis, tiada kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah, tiada kelulusan laporan penilaian Kesan Alam Sekitar, EIA dan larangan menempatkan buangan terjadual di premis yang tidak ditetapkan.
00:59Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 1.30 di Jalan Zamrut, Kawasan Perindustrian Nilai pada 12 Februari tahun lalu.
01:07Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17, Kurungan B, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM 2009, Akta 694, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24, Kurungan 1, Akta Sama.
01:22Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:34Timbalan pendakwa raya SPRM, Moaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua syarat tambahan.
01:41Peguam Azrul Zulkiflistok yang mewakili tertuduh bersetuju dengan jumlah jaminan berkenaan selain memaklumkan anak guamnya tiada pasport antarabangsa dan bersedia melaporkan diri di pejabat SPRM di Seremban setiap bulan seperti dimohon pihak pendakwaan.
01:58Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.
02:06Sebutan semula kes bagi serahan dokumen pada 12 Februari.
Comments