00:00Perbincangan di Forum Ekonomi Dunia, WEF tahun ini memperlihatkan gambaran bercampur tentang keadaan global dengan para pemimpin, ahli ekonomi dan pembuat dasar sepakat bahawa dunia kini berada pada persimpangan besar antara risiko ketidakstabilan dan peluang transformasi.
00:25Ketegangan utama yang dibincangkan berkisar antara dua konsep bertentangan, doom loop dan boom loop yang masing-masing menggambarkan kitaran negatif dan positif dalam ekonomi serta geopolitik global.
00:39Menurut pakar yang berhimpun di Davos, dunia kini berhadapan kemerusutan keyakinan terhadap struktur pasca perang dingin yang semakin dilihat tidak lagi mampu menampung tekanan ekonomi, politik domestik dan konflik kuasa besar.
00:54Namun di sebalik kebimbangan itu, wujud pula naratif balas yang menekankan potensi pertumbuhan baharu, didorong teknologi, inovasi dan peralihan tenaga bersih.
01:03So what is the doom loop?
01:06If one thinks about the different forces in the world economy, there is economics, there is domestic politics, and there is geopolitics.
01:14And of course these go along parallel tracks and they do intersect with each other.
01:18And those intersections can sometimes be a little painful.
01:22But right now we are at a point where I think these three elements are intertwined in a way that is really difficult to separate.
01:29But the problem is they are stuck in something of a negative feedback loop that is each of these elements is sort of bringing out the worst in each other.
01:39Pakai ekonomi antarabangsa menggariskan paradoks utama yang mencetuskan keresahan global, iaitu bagaimana globalisasi dan kemajuan teknologi yang suatu ketika dahulu menjadi pemacu kemakmuran dan kestabilan, kini semakin mendorong ketegangan.
01:54Peningkatan persaingan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta tumpuan kuasa teknologi dalam segelintir negara dan syarikat besar telah mewujudkan kitaran maklum balas negatif yang memburukkan lagi keadaan.
02:07Globalisasi yang dahulunya dianggap permainan menang-menang, kini dilihat sebagai persaingan sifar yang menimbulkan jurang antara negara.
02:14Pada masa sama, teknologi yang sepatutnya merapatkan perbezaan pembangunan semakin mengukuhkan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial, menjadikan jurang antara negara maju dan membangun semakin melebar.
02:28Davos 2026 menekankan bahawa dunia kini berada di antara dua arus besar, Doom Loop yang mempercepat ketidakstabilan dan Boom Loop yang menggerakkan gelombang peluang ekonomi serta inovasi.
02:44Terima kasih.
Comments