00:00Baik, sebanyak 48,526 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baru pada pilihan rakyat kecil PRK Parlimen Kinabatangan dan 13,703 pengundi akan memilih bagi Dewa Undangan Negeri Dun Lamag hari ini.
00:15Kesemua 36 pusat pengundi yang mengandungi 117 tempat pengundi atau saluran itu akan dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali 25 pusat pengundi ditutup seawal 12.30 hari hingga 5 petang.
00:30Parlimen Kinabatangan memiliki tiga dun di bawahnya iaitu Sukau, Lamag dan Kuamud dan proses penjumlahan undi akan berlangsung di pusat penjumlahan rasmi undi iaitu di Dewan Seri Lamag.
00:43Pada selasa lepas, Suranjaya Pilihan Raya SPR maklumkan sebanyak 93% atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi kedua-dua PRK berkenaan.
00:55PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Mokhtar mewakili Barisan Nasional BN, Datuk Sadi Abdul Rahman Warisan dan Goldam Hamid Bebas.
01:08Manakala bagi Dun Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayub BN dan Mazliwati Abdul Malik Warisan.
01:15PRK berkenaan diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Mokhtar Radin 66 tahun pada 5 dezen bertahun lepas.
01:23Pada Pilihan Raya Umum ke-15, PRU-15, Bung Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada warisan.
01:36Bung Mokhtar turut melakar kemenangan dalam saingan lima penjuru di Dun Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lepas dengan memperoleh majoriti 153 undi.
01:48Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi hari ini manakala ribut petir dijangka melanda pada petang dan hujan sebelah malam.
Comments