Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen.
Transcript
00:00Seorang penuntut Universiti Swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh palang keselamatan di pintu 2, Istana Negara.
00:14Mengikut pertuduhan, M. Kajen, 22 tahun, didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios dengan kandungan alkohol dalam badan 166 mg per 100 ml darah iaitu melebihi had dibenarkan.
00:30Kesalahan dilakukan di pintu 2, Istana Negara di Jalan Cangkat, Semantan, Ibu Negara pada jam 3.50 pagi Jumaat.
00:37Dia didakwa mengikut Seksyen 45A-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:44Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara maksimum 5 tahun serta hilang kelayakan lesin hingga 5 tahun.
00:53Pegawai pendakwa Inspektor Syazwan Hasifi Syahrun menawarkan jaminan RM10,000.
00:58Bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan minimum kerana masih menyambung pengajian dalam peringkat ijazah selain bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.
01:10Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
01:15Tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 26 Februari depan.
01:19Terima kasih.
01:20Terima kasih.
01:21Terima kasih.
01:22Terima kasih.
Comments

Recommended