Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Progam berkenaan berperanan sebagai rangkaian sejagat untuk menyemai minat generasi muda terhadap penerokaan angkasa, inovasi dan pembelajaran berasaskan sains.
Transcript
00:00Malaysia melakar sejarah apabila buat culung kalinya, terpilih menjadi sebahagian daripada kumpulan elit pendidik antarabangsa dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM, Anjuran Space Foundation.
00:14Seramai 38 tenaga pengajar menyertai International Teacher Lison Program edisi ke-26 itu, dengan enam daripada mereka merupakan warga negara Malaysia, Australia, Brazil, India, Kenya dan Nigeria.
00:27Diasaskan pada tahun 1983, Space Foundation merupakan NGO berpusat di Amerika Syarikat yang menumpukan kemajuan pendidikan sains dan teknologi angkasa lepas.
00:41International Teacher Lison Program yang diwujudkan sejak 2004 ini menghimpunkan lebih 400 pendidik dari 25 negara dan 40 negeri di Amerika Syarikat.
00:52Program itu berperanan sebagai rangkaian sejagat untuk menyemai minat generasi muda terhadap penerokaan angkasa, inovasi dan pembelajaran berasaskan sains.
01:03Pengarah kanan Discovery Center Space Foundation, Hidi Vasilov berkata, kumpulan pendidik terbaharu yang juga digelar Flight 26 itu, menghimpunkan warga pendidik STEM paling berdedikasi dan inovatif dari seluruh dunia.
01:18Pemilihan pendidik dibuat menerusi proses penilaian ketat oleh panel terdiri daripada wakil industri angkasa serta pihak ketenteraan.
01:28Pendidik terpilih akan menerima sokongan dalam bentuk sumber kurikulum, latihan pembangunan profesional selain peluang membentuk aktiviti pembelajaran secara praktikal serta akses kepada pakal industri angkasa terkemuka.
01:42Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended