Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Langkah itu menyusul selepas amaran keselamatan berbunyi semasa proses menghidupkan semula reaktor No. 6.
Transcript
00:00Jepun terpaksa menghentikan semula usaha menghidupkan kembali operasi loji nuklear terbesar dunia, Kashiwazaki Kariwa, selepas hanya 24 jam beroperasi.
00:11Ia apabila satu amaran keselamatan tercetus pada sistem pemantauan ketika prosedur permulaan reaktor.
00:19Menurut operatornya Tokyo Electric Power Company atau TAPCO, amaran itu muncul ketika proses menghidupkan reaktor no. 6.
00:26Ini sekaligus memaksa tindakan segera untuk menggantung operasi.
00:31TAPCO memaklumkan reaktor berada dalam keadaan stabil dan tiada kesan radiasi dikesan di luar kawasan loji.
00:39Siasatan awal menunjukkan masalah berpunca daripada peralatan elektrik yang mengawal rod kawalan, komponen kritikal yang memperlahankan atau menghentikan tindak balas nuklear apabila dimasukkan lebih dalam.
00:51TAPCO turut sahkan isu teknikal lain berkaitan rod kawalan dikesan lebih awal minggu ini namun didakwa sudah diselesaikan sebelum cubaan menghidupkan reaktor dibuat.
01:02Logi Kashiwazaki Kariwa di wilayah Nigata merupakan loji nuklear terbesar dunia dari segi kapasiti.
01:08Bagaimanapun, hanya satu daripada tujuh reaktor dijadwalkan untuk diaktifkan semula sejak ia ditutup berikutan bencana nuklear Fukushima pada 2011.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended