Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pembubaran Parlimen dianggap sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kembali kedudukan kerajaan gabungan yang hanya mempunyai majoriti tipis, selain mendapatkan mandat rakyat terhadap pendekatan kerajaan menangani kos sara hidup dan perbelanjaan pertahanan.
Transcript
00:00Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi pada Jumaat membubahkan Parlimen sekaligus membuka jalan kepada pilihan rakyat umum mengejut pada 8 Februari.
00:09Langkah itu sebagai usaha memperoleh mandat yang lebih kukuh bagi mentadbir negara.
00:17Pembacaan surat rasmi pembubaran oleh speaker di Dewan Perwakilan disusuli lawangan tradisi banzai oleh ahli parlimen.
00:24Ia sebagai simbol bermulanya tempoh kempen selama 12 hari yang dijadual bermula selasa depan.
00:31Takaichi yang dilantik pada Oktober sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama Jepun baru 3 bulan memegang jawatan namun menikmati sokongan sekitar 70%.
00:40Beliau berharap populariti peribadinya mampu mengembalikan kekuatan parti pemerintah yang merosot sejak beberapa tahun lalu.
00:48Kerajaan gabungan diterajui Parti Demokratik Liberal LDP bersama Japan Innovation Party JIP kini hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Perwakilan.
00:59Pembubaran ini dilihat sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kembali kedudukan gabungan.
01:05Antara lain mendapatkan mandat rakyat terhadap pendekatan kerajaan, menengani kos sara hidup dan perbelanjaan pertahanan.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended