Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Sulawesi Selatan, Andi Sultan, dua mayat terakhir ditemukan awal pagi Jumaat (23 Januari), menjadikan keseluruhan mangsa berjaya dibawa keluar secara berperingkat.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat ATR-42500 yang terhempas berhampiran gunung Bulu Sarawang Maros, Sulawesi Selatan ditemukan.
00:10Perkara itu disahkan pasukan penyelamat Indonesia pada Jumaat.
00:14Bagaimanapun pihak berkuasa berkata operasi diteruskan bagi mengeluarkan serpihan pesawat.
00:19Pesawat milik Indonesia Air Transport IAT tersebut disewa Kementerian Kelautan dan Perikanan untuk misi rondaan udara dari Yogyakarta menuju Makassar.
00:28Ia dilaporkan membawa tujuh kru serta tiga kakitangan kementerian sebelum terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada satu setengah hari waktu tempatan pada 17 Januari lalu.
00:40Kotak hitam yang ditemukan juga akan diteriti pihak berkuasa bagi mengenalpasti punca nahas.
Comments

Recommended