00:00Luahan terbuka Brooklyn Beckham terhadap ibu bapanya David dan Victoria Beckham minggu ini mencetuskan perbincangan meluas bukan sahaja mengenai dinamika keluarga selebriti, malah mengenai pelindungan undang-undang ke atas nama individu terkenal.
00:15Dalam satu hantaran di Instagram pada 19 Januari, anak sulung pasangan Beckham itu mendakwa keluarganya lebih mengutamakan kepentingan komersial jenama berbanding hubungan peribadi.
00:25Brooklyn mendakwa beliau ditekan oleh ibu bapanya untuk menyerahkan hak ke atas namanya menjelang perkahwinannya dengan Nicola Peltz pada 2022.
00:37Hantaran itu bukan sahaja mencetuskan gosip global, malah menyorot satu amalan yang kurang diketahui umum iaitu pendaftaran nama anak-anak selebriti sebagai tanda dagangan.
00:48Rekod di United Kingdom menunjukkan nama keempat-empat anak David dan Victoria Beckham didaftarkan sebagai tanda dagangan dengan Victoria disenaraikan sebagai pemilik atas kapasiti ibu dan penjaga.
00:59Nama Brooklyn didaftarkan sebagai tanda dagangan di Britain pada 2016 ketika beliau berusia 17 tahun.
01:07Pendaftaran itu meliputi pelbagai kategori termasuk kecantikan, kosmetik, pakaian, mainan dan hiburan dan dijerahkan tamat tempoh pada Disember tahun ini.
01:18Brooklyn bagaimanapun tidak memperincikan dokumen yang didakwa diminta untuk ditanda tangani.
01:23Manakala wakil David dan Victoria Beckham tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dan dilaporkan belum mengulas isu itu secara terbuka.
01:32Amalan selebriti mendaftarkan nama mereka sebagai tanda dagangan bukanlah perkara baru dan semakin meningkat seiring pertumbuhan media sosial serta industri sokongan komersial
01:42bagi mengelakkan pihak lain meraih keuntungan tanpa kebenaran.
01:48Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments