Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Editor Kanan Astro AWANI, Najib Aroff bawakan perkembangan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 dengan tumpuan kali ini kepada ucaptama oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang dijangka membawa agenda serantau.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan menyampaikan ucap timernya di World Economy Forum pada 9 malam ini.
00:15Untuk jelaskan ucap pertama tersebut, kita bersama editor kanan Najib Aruf.
00:18Terima kasih.
00:48Yang mana Pak Prabowo sendiri berada di atas pentas yang sama, kita sudah ketahui berita ini bahawa Indonesia juga di bawah kepentingan Pak Prabowo telah pun menyertai Board of Peace ini.
00:58Dan ini juga antara perkara yang akan dilihat kerana pada akhirnya melihat kepada apa yang akan disentuh kemungkinan dalam ucap pertama tersebut adalah pendekatan Indonesia dalam konteks global dan juga dialog global tersebut, multilateralism yang ingin diketengahkan oleh Indonesia sendiri termasuk juga mesej non-alignment.
01:18Indonesia dalam konteks sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk ataupun penduduk yang ramai dan juga bukan itu sahaja, saya kira antara yang mungkin diketengahkan oleh Prabowo adalah soal mengurus ekonomi.
01:32Yang digelar termnya adalah Prabowo-nomics dan juga halatuju Indonesia dalam konteks tersebut dengan perubahan kepimpinan setiap kementerian di Indonesia, kita mungkin menyaksikan bahawa cerita ini, naratif ini akan dimainkan dan juga dibawakan oleh Pak Prabowo sendiri dalam ucap tamanya.
01:48Selain itu saya kira adalah keterbukaan Indonesia juga untuk menarik masuk pelaburan dan keseimbangan kerana kita tahu dalam struktur ekonomi Indonesia ini ada beberapa sektor yang dilindungi konsepnya kerana untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan juga lebih berfokus kepada domestik sebagai contoh.
02:06Tetapi bagaimana untuk mengimbangi kemasukan pelaburan yang pastinya menyediakan peluang pekerjaan. Itu juga saya kira akan diberikan tumpuan oleh Pak Prabowo sendiri dan selain itu kedudukan Indonesia dalam rantaian bekalan global juga saya kira akan dilihat juga kerana dalam konteks perang tarif yang dimulakan oleh Amerika Syarikat, semua negara terkesan dan masuk juga Indonesia.
02:28Bagaimana untuk kita berdepan perkara ini? Kerana dalam konteks perperangan baharu iaitu perang merebut Red Earth ini, Indonesia antara pengeluar sumber-sumber asli ini yang mana ia memainkan peranan yang cukup signifikan di peringkat antarabangsa.
02:43Saya kira itu antara perkara yang akan disentuh juga oleh beliau sendiri dan sudah pasti sudut ketahanan ekonomi dan juga kestabilan mikro Indonesia itu sendiri selaku negara yang besar di peringkat rantau kita.
02:54Dan kalau kita melihat kehadiran wakil delegasi dari rantau Asia Pasifik, ASEAN khususnya yang paling besar adalah sudah pasti Pak Prabowo sendiri yang akan ada ucap pertama khas pada kali ini dan juga Presiden Singapura juga bersama-sama setiap kali berlangsungnya Davos ataupun World Government Forum dan sudah pasti kita menantikan pada jam 9 malam nanti apakah butir bicaranya dalam ucapan tersebut yang akan mencerminkan perjalanan Indonesia
03:22dan rantau kita secara keseluruhannya dalam konteks studi yang semakin berpecah dan di mana kedudukan rantau Asia Tenggara selaku kuasa tengah dalam mengurus dan juga meniti titian halus yang kerapkan saya katakan tidak mudah untuk dilaksanakan.
03:37Itu semua kita akan rangkumkan dari masa ke masa dan ucap pertama yang akan kita bawakan saya langsung pada jam 9 malam nanti kembali semua keberadaan sugas di studio.
03:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended