Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Pada 10 Disember, kerajaan Australia secara rasmi melancarkan sekatan media sosial ke atas remaja berusia bawah 16 tahun bagi melindungi mereka daripada kandungan membawa mudarat.
Transcript
00:00Geliga dan pintar, kanak-kanak di Australia licik mencari platform alternatif untuk terus melayari alam maya meskipun sekatan media sosial sudah berkuat kuasa.
00:12Remaja bawah 16 tahun di negara itu semakin ramai beralih ke beberapa platform kurang dikenali dari negara luar.
00:19Menerusi carta dikemukakan oleh Apple App Store, antara aplikasi paling banyak di mod naik minggu ini ialah Lemonade, sebuah platform menyediakan kandungan gaya hidup.
00:29Seterusnya, aplikasi perkongsian foto iaitu Yop, aplikasi video dinamakan Coverstar dari Amerika Syarikat serta platform media sosial China Rednode dan Xiaohongshu.
00:43Selain itu, WhatsApp milik Meta turut meraih populariti dalam kalangan remaja di Australia.
00:47Sebelum ini, pada 10 Disember, kerajaan Australia menguatkuasakan sekatan media sosial ke atas individu bawah usia 16 tahun bagi melindungi mereka daripada pelbagai kandungan membawa mudarat.
01:00Sekatan itu menyasarkan platform gergasi seperti Instagram dan TikTok.
01:05Kini timbul persoalan, adakah pendekatan kerajaan Australia ini akan membawa hasil?
01:10Hanya masa bakal menentukan.
01:13Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih.
01:16Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended