Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) ditugaskan memantau situasi di lapangan di sempadan Thailand–Kemboja bagi menyokong usaha meredakan ketegangan dan meningkatkan ketelusan, dengan dapatan pemantauan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 16 Disember ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Pemerhati ASEAN AOT telah ditugaskan untuk memantau situasi di lapangan di sempadan Thailand, Kemboja
00:08bagi menyokong usaha meredakan ketegangan serta meningkatkan ketelusan.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata misi pemantauan itu akan menjadi asas penting
00:17dalam menilai keadaan semasa demi keamanan dan kestabilan serantau.
00:24Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata
00:28Pasukan Pemerhati yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu
00:32akan disokong oleh pemantauan satelit yang disediakan oleh kerajaan Amerika Syarikat bermula pada waktu yang sama.
00:40Jelas beliau, dapatan pemantauan lapangan dan satelit akan dikumpulkan oleh AOT
00:45dan dibentangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadwalkan berlangsung pada 16 Disember.
00:52Menurut Anwar, laporan tersebut akan memberikan gambaran objektif mengenai situasi semasa
00:57termasuk kedudukan kedua-dua pihak demi kepentingan accountability,
01:02pembinaan keyakinan serta pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau.
01:07Dalam hari itu, Anwar menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan
01:12dan tindakan ketenteraan berkuat kuasa 10 malam pada Sabtu.
01:17Kesaan itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang tindakan ketenteraan lanjut
01:21termasuk penggunaan kekerasan atau pergerakan pasukan bersenjata ke barisan hadapan.
01:26Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended