Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Demokrat Jawatankuasa Pengawasan Kongres mendedahkan hampir 20 imej baharu daripada kediaman mendiang Jeffrey Epstein, termasuk tiga foto memaparkan Presiden Donald Trump.
Transcript
00:00Seterusnya, hampir berpuluh imej baru yang melibatkan pesalah seks Jeffrey Epstein dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, didedahkan jawatan kuasa pengawasan Kongres Demokrat Amerika Syarikat.
00:14Trump muncul dalam tiga daripada sembilan belas foto yang dikongsi oleh jawatan kuasa tersebut daripada lebih sembilan puluh lima ribu imej yang diperoleh daripada harta pusaka Epstein.
00:25Antara foto yang didedahkan termasuk gambar hitam putih Trump tersenyum bersama beberapa wanita yang wajahnya dirahsiakan.
00:33Selain itu, imej turut memapakan keberadaan Trump berdiri di sisi Epstein dan satu lagi imej kabur memapakan Trump duduk bersama seorang wanita dengan tali leher merahnya dilunggarkan.
00:43Teruk kelihatan dalam perdedahan imej itu ialah bekas Presiden Bill Clinton, bekas pembantu Trump Steve Bannon, Bill Gates dan bekas setiap pembendaraan Larry Summers selain barangan seks dan kondom dengan wajah Trump.
00:57Ahli Kongres Robert Garcia mendakwa foto-foto berkenaan menibukan lebih banyak persoalan mengenai hubungan Epstein dengan tukur berkuasa dunia dan mendesak Jabatan Kehakiman mendedahkan semua fal berkaitan segera.
01:07Sementara itu, Jabatan Kehakiman dijangka mengeluarkan menyah sulitkan berkaitan siasatan Epstein minggu depan.
01:14Undang-undang yang ditandatangani Trump bulan lalu mewajibkan fal tersebut didedahkan dalam tempoh 30 hari dengan tarikh akhir pada 19 Disember.
01:22Untuk rekod, Trump dan Epstein pernah berkawan pada era 1990-an dan awal tahun 2000.
01:28Namun, Trump mendakwa hubungan itu terputus sebelum Epstein mengaku bersalah atas tuduhan pelacuran.
01:32Trump juga berulang kali menafikan mengetahui tentang penderaan dan pemerdagangan seks gadis bawah umur oleh Epstein.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended