Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kenyataan dibuat Pengarah Eksekutif Football Supporters Europe (FSE), Ronan Evain itu susulan harga tiket yang disifatkan terlalu tinggi sehingga menjejaskan suasana stadium susulan kekurangan penyokong akibat tidak mampu membeli tiket.
Transcript
00:00Kumpulan penyokong bola sepak Eropa, Football Supporters Europe, FSE menggesa persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA menghentikan penjualan tiket yang diperuntukkan untuk pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia tahun depan.
00:15Ini susulan kebimbangan terhadap kadar harga yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak munasabah.
00:30FSE berkata harga tiket untuk penyokong yang mengikuti pasukan mereka dari pelawanan pertama sehingga ke peringkat akhir boleh mencecah sekurang-kurangnya 6,900 dolar mereka.
01:00atas sekitar RM28,500.
01:03Jumlah itu hampir 5 kali ganda lebih mahal berbanding tiket Piala Dunia 2022 di Qatar.
01:11Ujah FSE harga yang ditetapkan ini juga mampu menjelaskan suasana di stadium kerana penyokong biasa tidak mampu menanggung kos demikian.
01:21Selain itu, struktur harga baharu ini juga memaksa ramai penyokong biasa khususnya keluarga untuk mengambil risiko kewangan yang besar.
01:28Gesaan itu dibuat bagi membolehkan FIFA mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk mencari penyesaian yang lebih adil.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended