Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Sesi perbincangan antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anutin Charnvirakul memberi tumpuan kepada isu keselamatan serantau dan perkara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.
Transcript
00:00Malaysia berharap agar Thailand dan Kemboja menunjukkan komitmen berterusan mematuhi kejataan sejata dan perjanjian damai Kuala Lumpur.
00:09Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi ketika beliau mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Chandi Virakul di Bangkok pada Khamis.
00:20Menurut Zaid, sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada isu keselamatan serantau dan perkara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.
00:32Tegasnya, Malaysia memandang serius perkembangan semasa dan berharap langkah penyelesaian dapat segera dilaksanakan demi melindungi orang awam dan mempertahankan kestabilan wilayah.
00:44Ia selaras dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan dan semua pihak perlu kembali kepada pendekatan diplomasi serta pematuhan undang-undang antarabangsa.
00:59Ini mustahak bagi meradakan keadaan pertikaian sempadan yang semakin meruncing.
01:03Malaysia akan terus mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menanggani isu berkaitan keselamatan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rantau ini terus terpelihara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended