Sarawak bertekad untuk menghadapi cabaran bencana alam dengan menekankan kepentingan strategik pemeliharaan hutan dan penguatkuasaan terhadap sumber semula jadi.
00:00Hutan berfungsi sebagai penstabil ekosistem dan iklim selain berperanan sebagai penyerap karbon semula jadi untuk mengurangkan gas rumah hijau.
00:09Ia juga penting bagi menghalang bencana lebih besar kesan perubahan iklim.
00:13Justru Sarawak bertekad untuk menghadapi cabaran bencana alam dengan menekankan kepentingan strategik, pemeliharaan hutan dan penguatkuasaan terhadap sumber semula jadi.
00:23Pengarah hutan Sarawak Datu Hamdan Muhammad menegaskan tanpa pemeliharaan dan penguatkuasaan hutan, perubahan iklim akan berlaku lebih pantas serta meningkatkan suhu global dan mendedahkan negara kepada risiko banjir besar dan tanah runtuh.
00:40Hutan memainkan peranan yang asas antaranya sebagai penstabil ekosistem dan iklim bumi, hutan juga bertindak sebagai penyerap karbon semula jadi yang menyumbang kepada pengurangan gas rumah hijau.
00:57Tanpa hutan kita mempercepatkan perubahan iklim, meningkatkan suhu global, mendedahkan negara kepada bencana alam seperti banjir besar, kemarau dan tanah runtuh.
01:07Kalau tuan-tuan lihat dan dengar apa yang berlaku dalam masa seminggu ini, saudara-saudara kita di Indonesia, di Sumatera Barat, di Aceh mengalami satu bencana alam yang sangat besar
01:23yang ramai mengatakan bahawa kuasa-kuasa hutan mereka telah pun diperlakai secara tidak bersistematik menyebabkan keadaan bencana, runtuhan, tanah-tanah, banjir besar dan sebagainya.
01:41Ini contoh kalau kita boleh lihat.
01:42Dengan 62% daripada kawasan tanah Sarawak masih diliputi hutan serta menyumbang sehingga 44% daripada jumlah tanah hutan di seluruh Malaysia,
01:53penguatkuasaan hutan Sarawak kini menerapkan pendekatan moden yang berteraskan teknologi, analitik dan risikan.
01:59Antara inisiatif utama penghutanan Sarawak adalah penggunaan drone, imej satelit, sistem maklumat geografi atau GIS dan pemetaan digital serta kamera pintar dan forensik untuk memantau di samping memelihara sumber hutan.
02:12Sangat penting sebenarnya untuk kita meningkatkan kebolehan pengetahuan anggota-anggota penguatkuasa kita sebab keadaan berubah.
02:25Apa yang berlaku 10 tahun, 20 tahun yang lalu tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang.
02:30Jadi kita kena update seawal enforcement officer kita dengan ilmu-ilmu baru, undang-undang baru yang mungkin ada.
02:40Dan juga teknologi semasa untuk mereka melengkapkan diri masing-masing untuk memastikan bahawa hutan pada lantian ini tidak akan terjaga.
02:51Beliau berkata demikian ketika di Majlis Perasmian Seminar Kesedaran terhadap Pelindungan dan Penguatkuasaan Hutan di Kuching pada Khamis.
02:59Majlis turut menyaksikan perjanjian MOU dengan Universiti Kepemimpinan dan Pengurusan Penguatkuasaan Ilmu
03:05bagi memperkukuhkan kerjasama dalam latihan, pembangunan kepimpinan dan pengurusan bagi pegawai penguatkuasa Perhutanan Sarawak.
Be the first to comment