00:00Pelajaran Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat banjir di Aceh dan Sumatera Utara diberikan bantuan RM500 setiap seorang.
00:11Bantuan oleh kerajaan Malaysia itu sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.
00:19Menurut kenyataan oleh pejabat Perdana Menteri, Malaysia simpati dan dukacita kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya dengan bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara.
00:32Tambahnya, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing.
00:38Ia bertujuan membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan.
00:43Sebelum ini, media melaporkan wilayah Aceh di utara Indonesia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing selepas dilanda banjir besar dan tanah runtuh sehingga mengorbankan ratusan nyawa serta memusnahkan infrastruktur.
00:58Menurut laporan tinjauan situasi oleh Indonesia Humaterian Coordination Platform atau IHCP, hujan lebat sejak akhir November menyebabkan banjir dan tanah runtuh di 37 daerah di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
01:11Kementerian Kesihatan Indonesia memberi amaran peningkatan kes penyakit bawaan air seperti cirit-birit, demam denggi dan jangkitan kulit.
01:20Setakat 6 Desember, lebih 900 kematian direkodkan di seluruh Indonesia akibat bencana ini dengan ratusan lagi masih hilang.
Be the first to comment